Pengikut

Rabu, 5 Oktober 2016

Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?



Assalamualaikum

Ketika di usrah bersama-sama rakan-rakan. Seorang sahabat bertanya pada Ustaz.

Ustaz, ibadah apakah yang paling utama perlu di jaga di samping amalan lain ? Kata seorang sahabat.


Tentulah solatSolat itu tiang Agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Solat itu juga dapat mengindarkan diri kita dari lakukan perbuatan yang  keji dan ingkar.

"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

- Al-Ankabut , Ayat 45

Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa.. Solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.  Para ulama berpendapat, "Solat" yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.

Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?

Di dalam 13 rukun solat, terdapat 3 kategori rukun. Rukun fi'li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.

Bacaannya perlu tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna dan berbekas nikmatnya di dalam diri.

Jika semuanya itu dapat dilakukan dengan sempurna, insyallah, pasti amalan solat kita diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, dapat diperkukuhkan.



Dalam Masa sama kita juga pelajari untuk membetulkan solat kita. Ebook Rahsia Solat ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk kita pelajari. Serta terdapat video yang sangat membantu antaranya : 

Memahami bacaan dalam solat

Dalam video ini, Ustaz Hasnan membincangkan dengan mendalam maksud-maksud bacaan dalam solat, terutamanya Surah Al-Fatihah. Kita akan mula faham apakah erti sebenar di sebalik setiap perkataan yang kita lafazkan di dalam solat itu.

Membetulkan Perbuatan Di Dalam Solat

Pada video ini, Ustaz Hasnan menunjukkan cara mengangkat takbir, rukuk, sujud, dan semua perbuatan dalam solat yang sebenar sepertimana solat Nabi Muhammad S.A.W.

Ini adalah satu iktiar yang mampu kita lakukan..



Share This!


3 ulasan:

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails