Pengikut

Khamis, 12 Januari 2017

Suka tinggal di Pulau? Hartanah di Pulau Pinang mungkin jawapannya



Dengan harga hartanah di Singapura yang meningkat naik, ramai yang mula beralih arah ke kawasan lain di Asia Tenggara. Pada masa ini, hartanah di Makati, Manila (Filipina), dan kawasan Iskandar di Johor Bharu (Malaysia) menjadi tumpuan.

Bagaimana pula dengan Pulau Pinang? Adakah berbaloi melabur Penang properties? Mari kita tinjau.

Mutiara Timur dan Tapak Warisan Dunia UNESCO

Diberi julukan “Mutiara Timur”, pulau di Pulau Pinang adalah sebesar kira-kira separuh daripada Singapura dengan populasi sebanyak 750,000 orang. Etniknya pula terdiri daripada 59% Cina, 32% Melayu, dan 7% India. Negerinya pula mempunyai populasi seramai 1.5 juta orang denghan 43% daropadanya adalah Melayu dan 41% pula daripada bangsa Cina. Dengan kepadatan 2,372 orang untuk setiap kilometer persegi, pulau itu memiliki kepadatan tertinggi di Malaysia. Bagaimanapun ia hanya merangkumi 1/3 kepadatan populasi Singapura.

Daripada sudut ekonomi pula, Pulau Pinang mempunyai GDP per kapita tertinggi di Malaysia. Sektor pengeluaran menghasilkan GDP tertinggi pada tahun 2012 iaitu 49%, diikuti pula sektor perkhidmatan, kira-kira 46.4% yang dikuasai oleh pelancongan. Tenaga buruh di Pulau Pinang bertambah 11% di antara 2009 dan 2012 dan kadar pengangguran berada di kadar 2%.

Dari sudut geografi, bentuk muka bumi Pulau Pinang penuh dengan bukit bukau dan di bawah perlindungan kerajaan negeri.   Jadi, seperti Hong Kong, tanah yang boleh dibangunkan sangat terhad, dan ia semua tertumpu di Timur Laut pulau tersebut, di kawasan George Town. Cuaca di Pulau Pinang pula panas dan lembab saling tak tumpah dengan cuaca tropika Singapura.

Kemasyhuran Pulau Pinang dicetuskan oleh pengiktirafan dari pada UNESCO yang mengiktiraf ibu kota pulau itu sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.  Anugerah ini mengiktiraf seni bina dan budaya unik yang terdapat di George Town, dengan kaum yang bebilang yang kaya dengan warisan, makan, kesenian, dan budayanya. George Town juga diiktiraf sebagai bandar terbaik untuk didiami di Malaysia dan ke-8 di Asia. 

Membeli Hartanah di Pulau Pinang - Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Untuk membuat keputusan sama ada mahu melabur Penang properties, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan:

1. Matlamat jangka panjang anda. Adakah anda beli untuk tinggal di sana atau ingin menjana pendapatan pasif?
2. Keserasian budaya/emosi pada pulau itu Ramai rakyat Singapura yang memilih untuk melabur hartanah di Pulau Pinang kerana kesamaan Pulau Pinang dengan Singapura dari sudut budaya berbilang kaumnya, warisan, dan juga persekitaran.
3. Situasi kewangan anda Dengan pertumbuhan pesat hartanah di Pulau Pinang sejak dari sedekad yang lampau, nilai hartanah di sana meningkat dengan mendadak.
4. Umur anda. Secara umumnya, Generasi X dan juga mereka yang lahir semasa era Perang Dunia ke-2 mempunyai ikatan emosi yang tinggi pada Pulau itu disebabkan nostalgia. Bagaimanapun,  ini boleh jadi sangat berbeza.

Berapakah Kos Hartanah Di Pulau Pinang Dan Bagaimana Dengan Pulangan Sewa

Walaupun lebih murah daripada Singapura, hartanah di Pulau Pinah boleh dikatakan agak mahal dengan beberapa unit di struktur tingi mencecah lebih RM 1 juta. 

Selain dari harga jualan, anda juga perlu fikirkan perkara berikut:
1. Berkuatkuasa mulai 1 Mac 2014, semua pelaburan hartanah melibatkan warga asing mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM 1 juta (S$387,000), meningkat dari dahulu iaitu RM 500,000.
2. Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli, yang menjangkau 1% ke 0.40% bergantung pada nilai hartanah.
3. Duti setem untuk peralihan hartanah, yang biasanya menelan dari 1% ke 3% bergantung juga pada nilai hartanah.
4. Cukai yang menghalang penjualan semula(seperti di Singapura) yang di panggil Cukai Keuntungan Hartanah yang terpakai pada hartanah yang terjual dalam 5 tahun atau kurang. Untuk warga asing, kadarnya adalah 30% dari keuntungan hartanah yang akan dilupuskan pada tahun ke-5 atau lebih awal, dan 5% pelupusan pada tahun ke-6 dan tahun seterusnya.

Baiklah, jadi anda sudah berjaya menyimpan untuk membeli rumah idaman anda di George Town, Pulau Pinang. Soalan berikutnya yang selalu ditanya: Berapakah sewa yang saya boleh dapat setiap bulan? Apapun. kunci kepada pelaburan hartanah adalah untuk menjana pendapatan pasif supaya kita dapat mencapai tahap kebebasan kewangan, bukan begitu? 

Malangnya, pulangan sewa di Pulau Pinang tidak begitu baik. Secara puratanya, kita hanya mendapat di dalam loingkungan RM 1800 ke RM2500 sahaja setiap bulan. Jumlah ini adalah lebih kurang dalamn 2.5% ke 4% pulangan sewa. 

Ambil Kira Perjalanan Jangka Panjang dan Pilihan Cara Hidup

Seperti yang anda nampak, melabur hartanah di Pulau Pinang bukanlah satu pelaburan yang boleh memberi pulangan dalam tempoh singkat. Kadar sewa bergerak perlahan dan pulangannya cuma boleh tahan. Anda mungkin perlu memikirkan kemungkinan kenaikan nilai hartanah dalam jangka panjang disebabkan tanah yang terhad untuk pembangunan di pulau itu.

Apapun, hartanah di Pulau Pinang mungkin satu pelaburan yang baik kepada mereka yang merancang untuk bersara, tinggal dan bekerja di sana.  Selain dari  barisan penjaja yang menakjubkan, pulau itu juga penuh dengan pelbagai tarikan warisan yang menarik dan unik, kebangkitan budaya dan keseniannya, dan juga gerai-gerai makanan hip yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jika ingin membuat perbandingan, Pulau Pinang mungkin boleh jadi rumah yang lebih menarik berbanding bandaraya lain di Malaysia seperti KL atau JB.

Share This!


13 ulasan:

  1. pernah stay kat penang dulu... high living environment

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. harga hartanah seiring dengan ekonominya yang pesat membangun.

    BalasPadam
  4. Org Penang plk ramai beli hartanah di Kedah, tak mampu beli hartanah di Penang tapi kalau boleh dapat beli harta memang bagus sangat. Boleh buat investment.

    BalasPadam
  5. Penang dah macam KL dah harga hartanahnyakan

    BalasPadam
  6. Tak minat duduk penang. Jam sangat. Jalan pun sempit area pulau sana

    BalasPadam
  7. Ada kemampuan belilah hartanah di Penang sbg pelaburan jangkapanjang.

    BalasPadam
  8. Duk penang pun sebab suka mkn laksa penang...hahahaha...n mknan kt penang sedap2 juga

    BalasPadam
  9. Penang banyak tmpt best... berbaloi beli hartanah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails