Pengikut

Khamis, 23 Mac 2017

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka


Assalamualaikum

Manusia itu tak lepas dari masalah,kadang bertalu-talu datangnya di sulami dengan ujian. Sehingga helaan terakhir pun kita tetap di uji.

Tetapi kadang kala masalah itu datangnya dari kita. Kerana mulut badan binasa,kerana kata-kata kawan baik boleh jadi musuh. Si penyayang boleh jadi si pembenci..


Kadang orang tak bersalah pun jadi mangsa. Mangsa di ianiaya kerana pelbagai fitnah di taburkan.

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Jadi cukup jelas, bahawa dengan lidah dan percakapan kita mampu meruntuh persahabatan, kepercayaan dan perhubungan jika di sulami dengan niat yang salah.
Bukan apa, kadang orang yang kita paling percayalah selalunya yang "membawa mulut" mencanang pekara yang tidak baik sehingga menjadi bualan dan fitnah.
Ada pihak tertentu suka melihat orang lain jatuh walhal satu ketika dulu dialah kawan yang baik.
Dasyatnya fitnah !
Sungguh dasyat ianya mengikis rasa sayang menjadi sangsi, kepercayaan kepada ragu-ragu.Sehingga bertahun tidak bertegur sapa,ada yang di buang kerja.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Q. S. Al-Hujarat : 12)
Mungkin dia bahagia , bertepuk tangan kerana dapat buat semua orang derita kerana perbuatan dia. Ingat langit tak selalunya cerah selalu di selangi mendung dan petir.
Allah itu ada di Maha Melihat,mungkin hari ini kita mampu kenakan orang lain, ianiaya orang. Tapi mereka sering lupa Allah itu ada,biarlah Allah beri pelajaran pada mereka. Kita pula doalah yang baik-baik dan semoga mereka berubah.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Sebagai manusia biasa , seandainya ada pekara yang kita tak tahu kepastinya. Jangan di sebarkannya,dapatkan kepastian cerita ataupun memilih diam itu lebih baik.
Janganlah mereka cerita dan mengadu dombakan rakan-rakan demi kepentingan kita. Sesungguh Allah suka orang yang mendamaikan dan mengeratkan perhubungan.

Share This!


4 ulasan:

  1. Peliharalah lidah kerana pertuturannya setajam pedang

    BalasPadam
  2. resplendent in Patek Philippe replica watches 18kt yellow gold and studded with diamonds.There appears to be very little visual difference between the 1988 ref. 16520 and the 2000 ref. 116520, save for dial marker size, sub-dial spacing, and repositioning of Hermes handbags the running seconds hand. Small differences across the ref. 16520 and 116520 dials can be found on closer inspection, Replica Rolex Watches with.

    BalasPadam
  3. kadang2 tu nak berbicara tanpa kata pun serba salah...
    mcm menulis ni jg kan...(berbicara tanpa lidah)..

    BalasPadam
  4. lidah tu la segalanya... kerana lidah badan binasa

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails