Pengikut

Ahad, 16 Julai 2017

Kerja Di Pengerang Di Tipu & Tidak Di Bayar Gaji ?

ehsan jauhar.my

Assalamualaikum

Masih lagi tertipu dengan tawaran yang di iklan di whatsapp dan di laman social berkenaan dengan iklan jawatan kekosongan di Pengerang. Betul memang ada kerja kosong tetapi tidaklah seperti yang di iklankan dengan gaji sehingga RM 8000 ke atas.

Maka berbondong-bondonglahmereka dari pelbagai negeri datang dengan tujuan mencari sesuap nasi dan mencari pekerjaan yang di janjikan. Ada yang memang dapat kerja tetapi berbulan-bulan tak dapat gaji, ada yang hanya setengah dapat gaji da nada tidak langsung dapat gaji.

Acik di kelilingi dengan mereka yang bekerja di pengerang. Adik-adik pun ada kerja di sana, kadang kesian lihat mereka. Di janjikan bulan dan bintang tetapi hasilnya di ambil oleh pihak tertentu.

Beberapa aduan yang acik terima, mereka bekerja dengan subcontractor yang di katakan di lantik. Tetapi bila tiba gaji tidak bayar berbulan-bulan.

Nasihat acik sebelum terima kerja dan nak bekerja di sana.

Langkah pertama : Cari tahu tentang latarbelakang tentang company dan cari pengalaman mereka yang pernah bekerja melalui laman social.

Langkah kedua : Pastikan sudah menerima surat tawaran bekerja .Maksudnya ada hitam putih dari bakal majikan.

Sebelum sign apa-apa pastikan kamu baca dan fahamkan. Sebab di situ di nyatakn semua dan jika kamu nak "fight" balik akan problem. J

Langkah ketiga : Tidak hanya berurusan menggunakan whatsapp yang membuat group kumpulkan sehingga 50 orang dan akan di tempatkan di lokasi tertentu. Kebiasaanya adalah agent.  Agent ini kebanyakannya mengambil persen dari gaji kita.

Peluang itu ada tetapi carilah dengan syarikat yang betul, kerana di sana tidak sama seperti dahulu.Sekarang di penuhi dengan warga asing.

Jika dapat di bawah maincontractor tidak menjadi masalah dan ianya punya bergantung kepada jangkamasa projek.

Perlu kamu ketahui, di pengerang bukan hanya PETRONAS sahaja tetapi terdapat berpuluh-puluh syarikat. Tidaklah semua syarikat bermasalah.

Menjadi masalah apabila agent-agent dan individu-individu yang mempergunakan demi kepentingan mereka. 

Jangan biarkan anak-anak kita mudah di kerah dan di tipu dan hasilnya di ambil tanpa belas kasihatln. Mereka yang pernah bekerja di sana pasti tahu keadaannya. Semoga bermanfaat.


Share This!


8 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

macam2 cabaran sekarang ni nak cari kerja dan rezeki..

Mawar Assufi berkata...

Demi sesuap nasi. Sampainya hati org yg menipu tu. Tak ada timbang rasa langsung ke jadi manusia? Haih, sabar sabar.

Anisa Anuar berkata...

betul2..tu penting tahu dlu company yg kita nk pergi tu..

Mazni Azmi berkata...

Dah agak dah, banyak sangat keraguan

paridah berkata...

Kasihan anak2 yg tertipu dgn janji manis mrk yg xbertanggungjawab xprihatin mslh org lain

IQ = Izyan Balqis berkata...

IQ ada kawan yang kerja di Pengerang ni, tapi mengikut bidang yang IQ ceburi sekrang, kalau bahagian lain buat apa yang seperti acik katakan, memang tak patut dorang buat macam tu

Usry Norie berkata...

kesian..

Akif Imtiyaz berkata...

Susahnya mencari rezeki zaman membangun ni.. semua benda org nak tipu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails