ehsan jauhar.my |
Assalamualaikum
Masih lagi tertipu dengan tawaran yang di iklan di whatsapp
dan di laman social berkenaan dengan iklan jawatan kekosongan di Pengerang.
Betul memang ada kerja kosong tetapi tidaklah seperti yang di iklankan dengan
gaji sehingga RM 8000 ke atas.
Maka berbondong-bondonglahmereka dari pelbagai negeri datang
dengan tujuan mencari sesuap nasi dan mencari pekerjaan yang di janjikan. Ada
yang memang dapat kerja tetapi berbulan-bulan tak dapat gaji, ada yang hanya
setengah dapat gaji da nada tidak langsung dapat gaji.
Acik di kelilingi dengan mereka yang bekerja di pengerang.
Adik-adik pun ada kerja di sana, kadang kesian lihat mereka. Di janjikan bulan
dan bintang tetapi hasilnya di ambil oleh pihak tertentu.
Beberapa aduan yang acik terima, mereka bekerja dengan
subcontractor yang di katakan di lantik. Tetapi bila tiba gaji tidak bayar
berbulan-bulan.
Nasihat acik sebelum terima kerja dan nak bekerja di sana.
Langkah pertama : Cari tahu tentang latarbelakang tentang
company dan cari pengalaman mereka yang pernah bekerja melalui laman social.
Langkah kedua : Pastikan sudah menerima surat tawaran
bekerja .Maksudnya ada hitam putih dari bakal majikan.
Sebelum sign apa-apa pastikan kamu baca dan fahamkan. Sebab di situ di nyatakn semua dan jika kamu nak "fight" balik akan problem. J
Sebelum sign apa-apa pastikan kamu baca dan fahamkan. Sebab di situ di nyatakn semua dan jika kamu nak "fight" balik akan problem. J
Langkah ketiga : Tidak hanya berurusan menggunakan whatsapp
yang membuat group kumpulkan sehingga 50 orang dan akan di tempatkan di lokasi
tertentu. Kebiasaanya adalah agent. Agent
ini kebanyakannya mengambil persen dari gaji kita.
Peluang itu ada tetapi carilah dengan syarikat yang betul,
kerana di sana tidak sama seperti dahulu.Sekarang di penuhi dengan warga asing.
Jika dapat di bawah maincontractor tidak menjadi masalah dan ianya punya bergantung kepada jangkamasa projek.
Perlu kamu ketahui, di pengerang bukan hanya PETRONAS sahaja tetapi terdapat berpuluh-puluh syarikat. Tidaklah semua syarikat bermasalah.
Menjadi masalah apabila agent-agent dan individu-individu yang mempergunakan demi kepentingan mereka.

Jangan biarkan anak-anak kita mudah di kerah dan di tipu dan
hasilnya di ambil tanpa belas kasihatln. Mereka yang pernah bekerja di sana pasti tahu keadaannya. Semoga bermanfaat.
8 Ulasan