Ticker

6/recent/ticker-posts

Rupa Paras Lebih Penting Dari Hati ? Fitrah manusia yang suka pada kecantikkan dan keindahan


Assalamualaikum

Aku tak kisah bagaimana jodoh aku ! aku akan terima dia seadanya.

Aku tak pandang pada rupa paras dan harta benda !

Itu mungkin bisikan mulut luaran, ramai yang kata "aku tak pandang pada rupa paras " tapi hakikatnya ramai menilai pada rupa paras.

Hakikatnya mereka masih suka melihat keindahan rupa paras seseorang. Muka helok untuk jadi penghias mata.

Jika tidak, kenapa masih ramai yang membujang sampai ke tua. Orang bersaiz besar di hina dan di pandang sepi.

Orang-orang bersaiz XXL yang baik yang cukup penyayang tetapi di tolak kerana tiada rupa paras yang di idamkan.

Kenapa ramai perempuan di luar sana masih membujang sehingga umur 40 tahun. Adakah mereka memilih atau tidak di pilih kerana rupa paras semata ?

Hakikatnya sama, kita suka pada yang indah di mata kita. Sebab itu kita kena ada rupa paras.

Acik, Allah dah jadikan aku macam gini, nothing cannot change !

Itu silap, memang betul kau berbadan besar tetapi biar sedap mata memandang.



Penampilan biar kemas dan selesa. Berbau harum

Hati itu letak nombor 2.

Setelah rupa paras menjadi ukuran, barulah proses pengenalan dan taaruf di situlah baru soal hati di duga sama ada di terima atau tidak.

Ketika itu hati memainkan peranan. 

Maka berbisiklah pada tuhanmu, memohon agar di temukan seseorang yang dapat terima kita seadanya.Dapat terima kita kerana wajah rupa kita, kerana peribadi kita dan latar belakang kita.

Tak salah jika memilih rupa paras yang cantik, kalau dapat ianya bonus.Tetapi jika tidak terima seseorang itu seadanya. Fitrah manusia yang suka pada kecantikkan dan keindahan.

Jika di tanya acik, peribadi diri itu paling penting, tunjukkan peribadi yang baik insyaAllah semua orang mahu dengan kita. 

Tapi di akhirnya , kita di pandang sama oleh Allah sebagai hambanya, tiada perbezaannya, tak kira bagaimana rupa kamu pun.

“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)



Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
SEMUA WANITA DIJADIKAN CANTIK SIFATNYA PERLU YAKIN DIRI
Mummy Audya berkata…
rambut sama hitam, hati lain lain
Noor Maizan berkata…
Kecantikan itu subjektif. Bagi saya, cukuplah sedap dipandang mata sendiri, pendapat orang lain tolak tepi. :)