Ticker

6/recent/ticker-posts

Gerak hati seorang anak itu kuat, Mak Di Tahan Wad



Assalamualaikum

Assalamualaikum mak, mak okey ?

alhamdulilah mak okey, jangan risau.

Tapi hari tu,aku rasa tak sedap hati. Tak pernah aku rasa asyik teringat je kat mak.

Instict atau gerak hati seorang anak itu kuat.

Bila kau tak sedap hati , cepat-cepat lakukan sesuatu dan paling tidak kalau duduk dekat pergi lihat dia.

Hati seorang ibu ini lain macam, kalau boleh dia tak nak susahkan anaknya.

Kalau boleh dia tak nak risaukan anaknya.Selagi boleh dia senyap dan tahan sendiri.

Macam kes aku..

Mak ke Klang temankan kakak aku sebab suaminya ke oversea. Bila dapat tahu dari kakak mak kena tahan wad. Cepat-cepat aku dan adik beradik yang lain bergegas ke sana untuk melihat keadaan mak.

Kakak dari pahang pun bergegas di sana. Ketika itu ya Allah hati ini pelbagai perasaan itu hadir. Sampai ke sana dalam pukul 3 pagi.

Bila tengok anak-anak dia semua, alhamdulilah ada senyuman di wajahnya. 

Bila mak atau ayah kita umur 50 an ke atas ini mereka perlukan perhatian lebih dari kita. Dia nak ada yang teman dia,ada seseorang untuk di berborak. Lagi-lagi jika dia kehilangan pasangan hidup dia.

Jadi sebagai anak, selagi boleh bersabarlah,luangkan masa dengan dia.


 “Sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berbakti) dengan 
ibu–ibumu (diulang tiga kali), sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berbakti) kepada bapa-bapa kamu, sesungguhnya Allah berwasiat kepada kamu (untuk berlaku baik) kepada keluarga yang terdekat, maka utamakanlah yang lebih dekat”.
 (Riwayat Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa orang yang paling utama untuk kita taati, berbakti dan berbuat baik ialah ibu kita. 

Setelah itu, berlaku baik kepada ayah kita dan seterusnya ialah ahli keluarga 
kita yang terdekat. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi, ibulah insan yang paling 
banyak berkorban dan bersusah payah untuk memberikan yang terbaik untuk 
kita, ibulah yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan kita, 
menderita dan bersusah payah membesarkan kita.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat yang bermaksud;

“Apakah tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapanya?” sabda baginda SAW; Mereka berdua adalah syurgamu ataupun nerakamu”. 
 (Riwayat Ibnu Majah).

Hadis ini menjelaskan kepada kita akan tanggungjawab yang perlu kita galas dan laksanakan terhadap ibu bapa. Hal ini kerana sikap kita terhadap ibu bapa merupakan penyebab sama ada, syurgakah atau neraka tempat kembalinya kita.



Catat Ulasan

7 Ulasan

At-Tarmizi berkata…
semoga cepat sembuh
Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik
Nadia Johari berkata…
semoga mak acik cepat sembuh
mamapp berkata…
Semoga maknawak cepat sihat ye
sitirohaida berkata…
acik,moga mak cepat sembuh ye...
Mimie berkata…
Semoga mak cepat sembuh.
Bila parent sakit, memg diorang nak anak anak ada dekat