Pengikut

Khamis, 5 Oktober 2017

Mudahnya Ada Dashing Anytime EDT !


Susahkan kalau nak kemana, lagi pergi bercuti. Nak bawa minyak rambutlah, barang keperluan lainlah. Dahlah kena banyak beg, leceh !!

Korang pun tahu lelaki suka sesuatu yang simple dan mudah. 

Dan minyak wangi itu sangat penting, ingat perempuan je jaga penampilan lelaki pun.  Masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 

Naseb baik ada Dashing Anytime EDT 

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja. 

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.



1.      Cool
·         Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

2.      Active
·         Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman FougĂ©re yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3.      Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4.      Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Aku paling suka bab packaging memang cantik dan comeSerius sangat memudahkan, masuk poket je, sembur-sembur dah wangi. Haha korang kena cuba dan harganya murah pulak tu. Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.



Share This!


2 ulasan:

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails