Sangat Beruntung Warga Johor Memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Ahad, 1 April 2018

Sangat Beruntung Warga Johor Memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)




Assalamualaikum

Bila post di laman sosial rata-rata seumur dengan aku mereka akan mengatakan rumah adalah aset penting bagi keperluan asas kehidupan. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana agak sukar untuk mencari rumah yang mampu untuk dimiliki dirinya. 

Sejak kebelakangan ini.harga rumah makin meningkat, runsing juga jika memikirknnya tapi alhamdulilah rakyat johor sangat bertuah kerana Kerajaan Johor ada menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk warga Johor.

Ramai masih tertanya berkaitan dengan qouta bagi Rumah Mampu Milik Johor. Bagaimana pengagihannya ?

Kuota pemilikan RMMJ adalah seperti berikut :

5 % kuota pemilikkan -golongan belia
5% kuota pemilikkan- golongan OKU & keutamaan akan di berikan pemilikan aras bawah /aras 1 bagi kediaman strata. 

16 010 rumah telah siap dibina berbanding 6000 unit yang di janjikan. 100 000 unit menjelang tahun 2023. Rupa banyak juga banyak juga projek-projek rumah terbengkalai telah di selesaikan.Sebanyak 35 projek telah di selesaikan. 



Paling menarik perhatian adalah pemilikan tanah kepada Peneroka FELDA. 9102 peneroka telah memilik tanah yang telah di janjikan, banyak pekara rupanya yang kita tak ketahui. 



Bagaimana untuk permohonan Rumah Mampu Milik Johor ? 

Permohonan rumah mampu milik di Negeri Johor boleh dilakukan oleh rakyat Johor yang layak dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara atas talian di laman sesawang http://erumah.johor.gov.my/
Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji
Jenis rumah yang diperkenalkan oleh Program Rumah Mampu Milik Negeri Johor adalah mengikut syarat kelayakan gaji pemohon. Antaranya;
  1. Rumah Komuniti Jenis A
Harga Rumah : RM42,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM3,000
  1. Rumah Komuniti Jenis B
Harga Rumah : RM80,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM5,000
  1. Rumah Komuniti Jenis C
Harga Rumah : RM150,000 hingga RM220,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM8,000
(Perhatian: Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor hanya boleh dilakukan secara atas talian dan segala borang bercetak akan ditolak)
Moga membantu bagi mereka yang sedang mencari rumah, dan bagi permilikan rumah pertama juga memohon my deposit untuk memudahkan kita. kami #teamjohor #dekadbaharujohor

Share This!


6 ulasan:

Asyiqin berkata...

untunglah warga johor :)

qaseh dalia berkata...

Bagusnya ..

Eiza GreenAppleKu berkata...

Untungla orang Johor. Hope semua negeri mampu buat macam ni.

Mohaz Sue berkata...

Harap ada lagi. Yang ni dah terlepas..

mas saari berkata...

Bagusnya, patut semua negeri kena buat camni.

paridah berkata...

UNTUNGNYA RAKYAT JOHOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails