Allah itu ada bagi setiap hati yang selalu yakin padaNya | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Rabu, 28 Mac 2018

Allah itu ada bagi setiap hati yang selalu yakin padaNya

Assalamualaikum


Pertemuan dengan seorang senior aku amat meruntun jiwa. Dia sudah tak cam aku, dia lupa tentang aku kerana tekanan hidup. Dia mengalami kemurungan sehingga menjejaskan kesihatan dia. 



Kau tahu jangan biarkan hidup ini kita termakan kata-kata orang. Biar mereka berkata berbisa, biar mereka penuh dengan lidahan pisau.

Pasakkan hati, teguhkan jiwa. Jangan termakan dengan gula-gula berduri. 

Setiap orang Allah tetapkan rezekinya berlainan, ada yang usaha sikit tetapi kejayaan yang hadir melimpah. Ada yang berusaha macam nak gila tetapi kejayaannya lambat tetapi tetap ada.

Ada yang mampu beli rumah besar, kereta besar harta tujuh keturunan pun tak habis tapi ada yang tak bahagia. Ada yang masih lagi bertarung demi sesuap nasi tetap mereka bahagia.Ada yang kita cintai dia tetapi dia cintai orang lain. Ada yang berjodoh walau bertahun terpisah.Kerana jodoh tetap rahsia Allah.

Ada yang dah umur 30 tahun baru tamatkan belajar itu juga tetap kejayaan. Ada umur 18 tahun sudah kawin, 19 tahun dah ada anak seorang itu juga rezeki. Ada itu setelah 20 tahun menunggu akhir baru dapat baby.

Kita bercakap adalah soal ketentuan Allah.Iaitu takdir dan rezeki kita.

Jangan lihat orang hanya sekadar melihat tetapi dalami apa yang pernah dia lalui.

Semalam aku bertemu dengan seorang kenalan. Bila aku panggil nama dia, makin laju langkah kakinya. Aku cuba kejar dia. Bila bertemu dia berkata, aku malu jumpa kau. Aku kerja biasa-biasa sahaja.

Istigfar aku.

Kenapa perlu malu dengan kerja kita ? 

Aku tak pernah menghina walaupun kau kerja apa,janji halal.

Kita sudah di didik dengan pangkat, harga dan duit adalah segalanya.

Mengejarnya untuk di megahkan siapa paling kaya, siapa ada sofa baru, kereta baru.

Hakikatnya kita sama, cuma yang bakal di bezakan amalan kita.

Bila di uji, jangan biarkan biarkan diri terlalu jatuh.Jatuh hingga kau rasa kau tak berguna.

Didik hati untuk bersangka baik dengan Allah.Jangan biarkan hati kosong..Zikirlah.

Jangan biarkan rasa untuk tidak percaya dengan Allah itu muncul. Maka bergolek-golek syaitan ketawa melihat kau ragu pada tuhanmu.

Berbicara dalam hati, setkan dalam minda separuh sedarmu.

Bahawa Allah itu selalu ada bersama kita dan inshaAllah ada rezeki.Allah itu ada bagi setiap hati yang selalu yakin padaNya

Artinya: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu“. 

Surat Ath-Thalaq Ayat 2-3


Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails