Pengikut

Ahad, 25 Mac 2018

Pencapaian Johor Sepanjang 5 Tahun di www.dekadbaharujohor.my


Assalamualaikum 


Aku antara yang teruja dengan pembangunan di Johor. Sangat pesat dan berdaya saing. Sebagai contoh boleh aku berikan adalah di bandar penawar. Dulu pembangunan dan tempat memang kurang, tetapi alhamdulilah sekarang ini pesat membangun. 

Aku tertarik dengan apa yang di katakan oleh Menteri Besar Johor iaitu YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyampaikan laporan pencapaian Johor sepanjang 5 tahun ini.



Paling menarik perhatian aku adalah apabila berkaitan rumah,kerana keperluan asas utama dalah kehidupan kita. Target menjelang 2023 sebanyak 100 000 unit rumah yang akan di bina. 16010 telah di  di bina dan 83990 unit lagi sedang dalam pembinaan.Anak muda seperti aku, pekara penting ini memang akan sentiasa up to date tentangnya.

Bus Muafakat percuma 

Aku antara pengguna bus muafakat tersebut, alhamdulilah sangat memudahkan dan trip perjalanan juga banyak, jadi memang memudahkan dan memberi manfaat kepada 4503150 penumpang di seluruh Johor. Daftar sahaja kad dan boleh di gunakan, just sentuh kad semasa naik dan turun bus sahaja. 

Selain itu  dalam bidang keusahawanan  sangat pesat di johor dan telah mewujudkan Pembangunan Keusahawanan yang Tersusun dengan Pembukaan Entrepreneur Development Center of Johor sebagai Pusat Sehenti Keusahawanan Johor dan Negeri pertama Mewujudkan Pelan Tindakan Strategik PKS 2015-2020.

Ahh paling penting 180,000 PELUANG PEKERJAAN KINI TERSEDIA.

Dalam bidang tertentu seperti dalam bidang,Pembuatan, hospitaliti dan Pelancongan, minyak dan gas, peruncitan, perladangan, perkhidmatan  dan pembinaan. Rezeki ada di mana-mana inshaALLAH jika kita berusaha dan cari peluang yang ada inshaALLAH ada rezeki kita untuk kerja dalam sektor tertentu. 

Paling penting  Sebanyak 77  buah (Sekolah Agama Kerajaan Johor)SAKJ terbengkalai telah di siapkan  dan 30 buah lagi SAKJ dalam Pembinaan,578 buah SAKJ kini di Johor dan 193 buah Tadika Agama Johor.



Alhamdulilah khabar baik apabila kadar jenayah juga sudah turun, kerana keselamatan bangsa johor amat penting untuk memastikan keharmonian dalam masyarakat. 

Jadi sebenarnya kita beruntung jadi #teamjohor kerana kemakmuran dan kesejahteraan yang kita ada ini #DekadBaharuJohor jadi hargailah dan jagalah dengan sebaik mungkin. Nak tahu lebih lanjut lagi layari ke laman web rasmi di dekadbaharujohor.my



Share This!


7 ulasan:

Rozita Sabtu berkata...

Seronok tgk kemajuan di johor...dan ramai yg mencari rezeki di johor....kerana pembangunannyer......moga johor terus maju....amin....

Dura Norell berkata...

semoga johor terus maju utk kebaikan rakyatnya

Papa Amyzal berkata...

Tahniah untuk Johor dan warga Johor. Johor memang pesat membangun

Akif Imtiyaz berkata...

Alhamdulillah tahniah buat Johor dan juga pemimpin serta rakyatnya.. Semogga Johir akan terus berkembang maju.

paridah berkata...

JOHOR SENTIASA TERKEHADAPAN

Puan Za Mohmad berkata...

Johor sentiasa maju ke hadapan, saluteee!

www.cikza.com

Mimin Adam berkata...

terbaik johor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails