Kenapa Allah Sembunyikan Jodoh Menjadi Rahsia Yang Tersimpan Rapi | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 21 Jun 2018

Kenapa Allah Sembunyikan Jodoh Menjadi Rahsia Yang Tersimpan Rapi




Assalamualaikum

Musim beraya belum lagi habis, kunjung mengunjungi rumah kawan-kawan dan kenalan suatu kemestian. Banyak pekara di buatkan tiba-tiba aku di tanya oleh seseorang.

" Kenapa semua benda nak rahsia, jodoh di sebut rahsia, rezeki pun tetap jadi rahsia, kenapa ? " Tanyanya.

Aku hanya tersenyum sahaja.

Rahsialah baru best, sebab buat kamu ternanti-nanti, tertanya-tanya, tertunggu-tunggu dan paling penting ajar kamu untuk sabar.Walaupun mungkin untuk jangka masa yang panjang. Ianya telah di takdirkan untuk kita. Hanyalah kita akan dihamparkan takdir itu pada masa dan keadaan yang yang tepat.

Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi apabila soal jodoh itu bukan lagi rahsia. Kita sudah tahu siapa jodoh kita dan kita pasti kita akan menikahinya. Apa perkara awal yang akan kita lakukan kepada jodoh kita itu, selepas mengetahuinya? Bercinta? Berzina? Apa agaknya? Pasti aturan tertib dunia berkenaan pernikahan menjadi kucar-kacir.

Mari kita bersyukur kepada Allah kerana sudah merahsiakan jodoh kita. Hasilnya, kesucian jodoh itu terpelihara. Jelas sekali, misteri jodoh itu dapat membuat kita terkejut, terpesona malah tergamam ketika perihal jodoh sudah ditetapkan, akad nikah sudah dilafazkan dan cincin sudah disarungkan ke jari manis pasangan kita.

Ya, jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Tidak hairan ada yang sanggup mereka-reka jodoh yang sesuai dengan kemahuan sendiri. Ramai yang bercinta dengan alasan sedang mencari jodoh. Tidak sedikit juga yang enggan bercinta sambil berkata, "Sekiranya ada jodoh, tidak ke mana." Ada juga yang tekun beribadah dan rajin berdoa semoga dikurniakan jodoh. Ibu dan ayah pula sama-sama ikut pening memikirkan soal jodoh anak-anak. Oleh kerana takut anak tidak laku, mereka mencarikan jodoh dalam kalangan keluarga sendiri. Perkara-perkara itu berlaku pada kebanyakan manusia apabila menyentuh perihal jodoh.

Berbicara soal jodoh :-

Maha suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui”

Surah Yasin, ayat 36

Jodoh juga seperti suatu perjalanan, kalau jauh destinasinya, maka jauhlah perjalanannya sebelum tiba ke destinasi. Ada orang jodohnya cepat, malah ada orang sudah ditakdirkan jodohnya lambat. Tidak ada sesiapa yang mampu melawan takdir Allah, ternyata setiap kelewatan pasti ada hikmahnya.

Jodoh itu juga satu penantian

"la awak jodoh saya, lama sangat saya tunggu" 

Jangan lupa ajal juga satu rahsia Allah juga. Jika ianya sudah di beritahu awal-awal maka seisi alam kyusuk beribadah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah SAW  juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik).

Rasulullah SAW. pernah berpesan bahawa orang yang sebenarnya cerdik ialah orang yang mengingati mati, lalu dia mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat itu. Jadi apabila tiba masanya dia tidaklah kelam kabut atau menyesal berpanjangan.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambaNya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah  banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

JUST GO WITH FLOW. InsyaAllah, everything will be fine and perfect.

Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.

Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



Share This!


5 ulasan:

Aisya Ismail berkata...

Kalau tak rahsia nanti kita taknak berusaha dan tak mensyukuri nikmat Tuhan..

dorsett pink berkata...

Jodoh itu rahsia.betul. barulah challeging kan. hehe.. Saya pun masa kawin dulu terfikir gak 'kalau aku tahu dia jodoh aku, awal-awal lagi aku dah tegur dia'. hahahaha

amirah harith berkata...

👌👍thumbs up...

paridah berkata...

rencana Allah rahsia yg penuh hikmh

Unknown berkata...

Itulah rahasia Allah jodoh qt kpn datangx dn oleh siapa jodoh qt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails