Takdir Allah yang bukan boleh di tentukan oleh kita | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 22 Jun 2018

Takdir Allah yang bukan boleh di tentukan oleh kita




Tersempak dengan seorang makcik , mak kepada kawan dan kawan aku. Kau apa khabar ? sorang je ? tanya makcik tu.

Aah sorang je makcik.

Bila nak berdua? jangan lambat-lambat umur dah tua. Nanti pergi klinik periksa sekali subur tak . Takut dah berumur susah dapat anak.

Terkedu aku sampai ke tahap nie.

tengok anak mak cik  dah ada 2 orang anak,balasnya lagi.

Kawan aku dtg dekat dia minta maaf. 

Xpelah..aku okey.. 

Dalam hati ada mak cik nie aku gigit kepala.

Kejadian semalam buatkan aku tak boleh tidur. Dekat otak ligat memikirkannya,agaknya dah tersimpan di minda separa sedar.

Pagi tadi teman mak ke SKS Mall, dalam hati berdoa " Ya Allah jangan terserempak dengan makcik semalam".

Tup-tup dia ada depan mata sedang pilih-pilih ikan. Ya Allah berderau betul, aku terus toleh ke belakang. Buat-buat tak nampak dia.

Aku dengar seolah ada orang panggil aku. 

Acik ! acik ! acik !

Aku diamkan diri.

Dia datang dekat aku. 

Aku hanya tunduk, pandang ke bawah.

Mak cik nak minta maaf pasal semalam. Mak cik tak patut cakap macam itu. Sampai termimpi-mimpi apa yang mak cik cakap.

Anak mak cik tak tegur mak cik sebab cakap dengan kawan dia macam itu.Mak cik mohon maaf !

Tak pelah makcik, benda dah lepas. Jawab aku.

Allah uji saya, Mak cik doakan saya iya semoga di permudahkan soal jodoh saya. 

Mak cik betul-betul menyesal, mulut mak cik nie kadang terlepas cakap. Kadang tak sedar apa yang di cakapkan.

Mak cik sampai lupa Jodoh itu ketentuan Allah, takdir Allah yang bukan boleh di tentukan oleh kita, jelasnya.

Aku hanya tersenyum. 

Lega ya Allah. 

Cuma suka untuk berpesan, fikir dahulu sebelum berkata-kata. Iman kita memang ada turun dan naiknya. 

Jangan biarkan turunnya hingga mampu menghina dan memperkecilkan orang lain.

Sebab itu acik lebih suka memilih bercakap bila perlu. 




Share This!


3 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

sambil pilih ikan.. ‘nah makcik splastic bawang saya belanja.. buatla masak kasi anak2 n cucu makan..’ huahuahua..

Usry Norie berkata...

'Busy body' betul la makcik tu. patut kena bagi makan cabai burung banyak-banyak.

Blogger Hanafi berkata...

sebab itu adalah istilah yang baru sekarang..

mak cik bawang ...

apapun..

sabar la joduh itu tak ke mana kalau tiba masanya..

yang sudah berjodoh pun boleh kembali tiada jodoh..

biasa la ujian dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails