Koleksi Nasihat Ustaz Ebit Lew & bagaimana nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga ? | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Sabtu, 11 Ogos 2018

Koleksi Nasihat Ustaz Ebit Lew & bagaimana nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga ?


Aku mengikuti perkembangan beliau sejak dulu lagi. Aku pernah terbitkan entri tentang beliau. Beliau adalah Ustaz Ebit lew, seorang pendakwah bebas. Aku sangat kagum dengannya, orangnya sangat rendah diri, bahasanya sopan senang serap apa yang di katakan. 

ustaz ebit lew bersama akupenghibur
Ya rab, kuatkan semangatnya, berikan kesihatan yang baik padanya agar dapat terus berdakwah. Ya rab permudahkan urusan ustaz Ebit Lew berjuang ke jalanMu.

Aku jadikan dia mentor dalam segala hal dan acik kumpulkan kata-kata motivasi yang sangat bermakna.

Nikmat terbesar bukan harta,pangkat,dunia. Nikmat terbesar bila mengenal Allah.Paling malang mengorbankan iman demi dunia-ebitlew

 Sahabatku,rezeki terbesar dalam hidup ini bila diberi kekuatan untuk berdoa. 
Doa itu sangat ajaib.Menangislah pada Allah-ebitlew

Sahabatku,mengapa bersedih kerana kata orang yang tak pernah beri apapun buatmu.Yang jaga kita selama ini ialah Allah-ebitlew


Sahabatku, seseorang yang menyempurnakan solat sebenarnya dia sedang menyempurnakan bahagia dalam hidupnya. -ebitlew

 Sahabatku,bila rasa seorang dan sedih ingatlah kita tak seorang. Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat-ebitlew

 Sahabatku,jagalah solat nanti Allah akan jaga hidupmu.Siapa cuaikan solat sebenarnya dia sedang hancurkan hidupnya sendiri-ebitlew

 Sahabatku,ubat bagi kesedihan bila kita banyakkan sujud pada Allah.Terasa dekat dengan air mata mengalir ketika berdoa-ebitlew

 Sahabatku,jangan bergantung kepada selain Allah kerana kitakan kecewa. Berharaplah hanya pada Allah pasti kita bahagia-ebitlew

 Sahabatku,Allah tahan rezeki atau doa kita supaya kita hargai dulu apa yang kita ada. Melihatlah dengan hati-ebitlew



Dan ini adalah salah satu penulisan Ustaz Ebit Lew yang baik dan sangat menyentuh hati aku.

Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang yang buat saya rasa sebak menangis. Tak dapat tahan sebak.

Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya nak bawa ibu saya ke syurga. Saya nak bawa isteri saya ke syurga. Saya nak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya nak bawa adik beradik saya ke syurga...

Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling macho. Lelaki paling owsem. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan Allah. Pegang dan takkan lepaskan tangan orang yang kita sayang sampai melangkah masuk syurga. 

Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah saw kejut isteri dan anaknya solat. Abu bakr ra ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah. 

Umar ra solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan Allah. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah saw seolah-olah tak kenal sesiapa. Allah no 1. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesarannya.

Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah. 

Rasulullah saw sangat rajin di rumah. Pakaian urus sendiri, bantu siapkan makanan, dan jahit baju dan kasut sendiri. Tidak rasa geli bersihkan darah haid isteri. Lelaki macho rajin basuh berak anak. Khidmat isteri masa sakit. Ambil berat. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tak geli tengok darah isteri. Rajin khidmat ibubapa. Dan isteri. 

Abu bakr ra biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar. Umar ra pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main. 

Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan Allah. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya. 

Hidupkan rumahtangga dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Kenalkan keluarga kepada kebesaran Allah. Sunnah Nabi saw. Dan kenalkan kepada keluarga Nabi saw dan Para Sahabah rhum.

Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik. 

Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya. Adik beradik. Dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua-ebit lew

Hargailah Islam. Hargailah ibubapa. Terima kaseh Allah..Disini mereka ketawa. Disini mereka menangis kerana sayang. Kerana Allah...syukur-ebit lew 

Mohon juga bantuan semua, semoga hajat ustaz dapat tunaikan.

Share This!


1 ulasan:

Faizal Mohamad Twon Tawi berkata...

Ustaz Ebit Lew memang dianugerahkan Allah SWT dengan kelebihan berdakwah yang unik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails