Assalamualaikum

Walaupun siapa pun telah mengisi borang untuk penangguhan pembayaran PTPTN tetapi tanggung jawab membayar itu mesti dilunaskan. Jadi bagi memudahkan pembayaran salah satu alternatif popular adalah tolak dari akaun 2 PTPTN kita. 

Kadang kena pergi ke pejabat KWSP jauh di bandar di sana, jadi sekarang senang semua online sahaja. 

Senang sahaja pasti telah daftar i Akaun KWSP di pejabat KWSP atau di mana-mana cawangan RHB Bank. 

Pertama : Login masuk ke Laman KWSP




Langkah 2 : Klik pautan Pengeluaran (Withdraw) 



Langkah 3  : Klik permohonan baru (New Aplication) 



Langkah 4 : Isikan maklumat seperti di bawah. 



Jenis Pengeluaran : Pendidikan (Education) 
Bayar Kepada : Pemberi pinjaman (Mengurangkan pinjaman pengajian/ Reduce study loan)
Institut yang terlibat  : PERBADANAN PENDIDIKAN TABUNG TINGGI NASIONAL
Peringkat pengajian : (Pilih mengikut yang mana yang kamu bayar (DIPLOMA/ IJAZAH/ MASTER
Permohonan Untuk : Diri Sendiri (Self) 
Tarikh mula pengajian :  (masukkan dari awal pengajian) 
Tarikh tamat pengajian : (masukkan dari pengajian ditamatkan) 

P/S : Untuk dapatkan maklumat tu acik telefon PTPTN untuk dapatkan tarikh mula dan tamat di talian 03 21933 000

Langkah 5 : Klik Seterusnya & semak maklumat peribadi dan semak jumlah yang layak untuk di tolak. 



Semak dahulu maklumat peribadi seperti email, no telefon ,alamat dan ada juga dia dah isi siap-siap. 
Rujukan pelajar itu boleh masukkan sama ada ID PELAJAR  atau no pinjaman. Nak no pinjaman telefon kembali PTPTN .


Langkah 6 : Hantar permohonan



Permohonan akan mengambil masa 1 hari untuk diterima, diproses dalam masa 3 hari dan kemudian diarahkan untuk membawa keperluan seperti berikut  : 

1. SALINAN SIJIL ATAU TRANSKRIP KEPUTUSAN AKHIR DIPLOMA/IJAZAH/SARJANA MUDA/ MASTER/PHD
2. SURAT PERTUKARAN MASA KURSUS (Jika berkaitan) 

Bawa dokumen tersebut ke kuanter untuk pengesahan cap hari sahaja! 

Mudahkan tak perlu bersusah payah beratur panjang.