Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau ditanya siapapun pasti mahu kawin ? cuma jodoh yang Allah takdirkan itu belum dipertemukan lagi.


Assalamualaikum

Kebelakangan ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Jarang selalu dapat berkomunikasi dengan mereka yang mesej. Kadang mana yang sempat balas. Tiba-tiba tertarik dengan perkongsian dari seseorang ini. 

Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara, salah satu melalui jodoh dan orang sekeliling kita. Hayati kisah ini dan mari sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusannya.

Assalamualaikum acik, akak antara pengikut blog acik sejak beberapa tahun yang lepas. Tak pernah terlepas pun satu entri dan semuanya bermanfaat sekali. Kadang akak jadikan kekuatan untuk terus bertahan. 

Usia akak yang sudah berganjak ke 38 tahun. Akak masih belum berkahwin dik, dan seperti acik selalu cakap percaya dengan Allah. Akak selalu bersangka baik dengan Allah kerana akak percaya pasti ada hikmah.

Cukuplah orang yang sindir akak, anak dara tua dan sebagainya. Kata perlian itu jadi makanan harian. Tapi mereka tak tahu apa yang akak lalui.

Akak cerita sedikit dengan acik, sewaktu umur 26 tahun akak pernah bertunang dik, kami hampir kawin. Tapi di saat majlis dia tak hadir di majlis tersebut kerana dia tangkap polis atas kes polis. Waktu itu akak rasa macam nak gila dik, orang bukan mahu menenangkan malah mengutuk ada. Mak jatuh sakit.

Adik beradik akak, 3 orang semua perempuan. Akak yang sulong dan seorang adik akak Syndrom down dan sorang lagi cacat penglihatan di tambah dengan mak sakit.

Memang ada yang berkenan, cuba masuk merisik dan meminang. Tapi bila tau keadaan akak mereka larikan diri dik. Akak bekerja masa sama harus uruskan adik-adik akak dan mak yang sakit.

Mereka tak faham dik, mereka mengutuk,menghina tanpa memikirkan perasaan akak dik.

Apa harus akak salah Allah atas ujian ini ? 

Tentulah tidak dik, walau selemah iman akak tetap yakin Allah selalu ada untuk akak dan paling penting akak dapat jaga mak akak dan adik-adik akak.

Siapa dapat menerima orang macam akak dik ? 

Blog adik sangat bermanfaat untuk akak muhasabah diri, untuk akak yakinkan diri Allah selalu ada dengan kita.Kalau ditanya siapapun pasti mahu kawin ? cuma jodoh yang Allah kirim itu belum dipertemukan lagi.

Doakan akak dik, doakan akak bertemu jodoh akak dan kuat menjaga mak dan adik-adik akak ya.


Catat Ulasan

1 Ulasan

streaming tv berkata…
sangat bermanfaat sekali artikelnya, semoga temen" yang belum ketemu jodohnya segera dipertemukan
salam kenal mas

TV Online
streaming rcti
streaming sctv