Ticker

6/recent/ticker-posts

Sertai PROKIDS 2019 Bimbingan Ustaz Ebit Lew Yang Membantu Remaja Malaysia





Assalamualaikum

Aku antara peminat setia Ustaz Ebit Lew, memang setiap hari aku akan mendengar dan mengikuti perkembangan kisah-kisah yang dipaparkan di laman sosialnya.


Aku pernah beberapa kali bertemu dengannya dan setiap kali dengar ceramahnya ya Allah sangat terasa di hati. Tutur kata yang lembut dan meresap di dalam hati. 

Kebetulan Ustaz ebit lew sangat aktif berceramah dan mengadakan program-program pada acik ianya sangat baik. Salah satu program yang menarik perhatian adalah Program Kembara Intelek Dan Sahsiah (PROKIDS) 2019.   

PROKIDS Tour adalah program seminar sehari bagi membantu remaja dalam melakukan perubahan diri. Mac dan April 2019 ini Prokids akan dijalankan di 13 lokasi setiap negeri seluruh Malaysia. Jumpa nanti di tempat anda. Ayuh bersama bantu anak-anak kita. Jangan pandang rendah pada anak-anak, cari emas dalam diri mereka.
'

Masa aku remaja dulu tak ada siapa yang ada untuk menjadi peneman dan pendengar masalah aku. Masa inilah saat genting di mana jiwa muda bergolak mencari haluan hidup. Aku sarankan sangat kepada ibu bapa hantar anak-anak mereka ke program seperti ini kerana ianya membina sahsiah dan jati diri kita. 

Antara pengisiannya :
  1. Menanam dalam diri ‘Allah bersama saya tiada yang mustahil’
  2. Membetulkan dan membina keyakinan bahawa mereka telah dicipta dengan sebaik kejadian dan bukan dicipta untuk gagal.
  3. Sayangi ibu bapa dan belajar memberi khidmat kepada mereka
  4. Mencintai Nabi SAW dan belajar mengamalkan sunnah baginda
  5. Menghapuskan ‘sampah sarap’ yang menjadi garis penghalang untuk berjaya.
  6. Membantu pelajar mengenal diri dan membentuk jati diri cemerlang
  7. Adab dan komunikasi Nabi SAW.
  8. Mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup dan merupakan kunci kejayaan.
  9. Membolehkan pelajar membentuk rangka tindakan perubahan diri berterusan.
  10. Membantu pelajar mengenal diri dan membentuk jati diri cemerlang
 Sekarang ini berada di Johor pada 16 MAC 2019 – PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB, JOHOR BAHRUJalan Ponderosa 1, Taman Ponderosa, 81100 Johor Bahru, Johor.


Siapa aja boleh sertai ? 

Remaja dan pelajar yang berusia 9 Tahun hingga 17 Tahun.

Ketahui tarikh-tarikh bagi seluruh Malaysia seperti di bawah :- 

  
Daftar di :
Online : bit.ly/prokids2019

Whatsapp : wasap.my/60173666848/Prokids
Hubungi : 0389267070 


Catat Ulasan

0 Ulasan