Ticker

6/recent/ticker-posts

Tuhan datangkan ujian berbentuk kekecewaan dan patah hati kerana untuk kita kembali kepada Dia.

 
assalamualaikum

Sudah bertambah usia aku 29 tahun dah.
Makin tua, makin besar ujiannya. 
Maka bermulalah sesi orang bakal mengelarkan bujang telajak. 
Kawinlah. 

Kalau siapa yang mengikuti perkembangan aku di blog mereka akan tahu perjalanaan hidup aku. 

Bertahun bercinta,ditinggalkan dan dia kawin dengan kawan baik aku sendiri.

Bercinta lagi, tetapi Allah lebih sayangkan dia. Sekujur tubuh yang tak bernyawa itu menjadi ingatan terakhir untuk aku. Dia pergi tinggalkan aku bertemu penciptaNya.

Bertemu dengan seseorang yang baik akhlaknya, tetapi di halangi oleh keluarganya. Kerana keluarganya telah ada pilihan sendiri seorang ustaz dan katanya aku tidak layak untuk anaknya.

Bertemu lagi, seseorang yang ada ketika kesunyian hadir, aku yakin di calon isteri aku. Tetapi di halangi ibunya kerana tidak sekufu dengan keluarganya.

Aku tidak pernah salah Allah, aku tidak pernah salahkan takdir. Kerana aku percaya segalanya disusun rapi untuk aku.
Siapa kata aku tak usaha ? 
Siapa kata kau duduk menunggu tanpa ada tindakan ? 
Aku sudah cuba, orang kata buat ini  aku lakukan, orang kata buat itu aku lakukan. Orang suruh daftar di Baituljannah (click sini) pun aku daftar. Tetapi ada beberapa kejadian yang buat aku bertambah sedih.

Sedih, kecewa,patah hati, hampa itu biasa.

Siapapun rasa seperti kadang sehingga salah takdir, kenapalah aku di uji seperti ini ? 

Adakah aku ini bernasib malang ? 

Cepat-cepat istigfar. 

Jangan ada sangkaan seperti itu, aku sendiri rasa. 

Ujian yang datang ini mematang aku. Aku jadi lebih sabar, lebih tak banyak cakap benda yang tak baik. Aku tak cepat marah. Aku boleh berkomunikasi dengan baik walaupun dalam keadaan emosi sedang jatuh ke laut dalam. 
Aku jadi lebih dewasa dalam setiap apa yang berlaku. Hal-hal yang kecil, tidak lagi diperbesarkan. Aku mulai mencari jalanNya. 
JalanNya yang seharusnya aku cari dulu,
  Kadang mencari cinta ini melelahkan, memerlukan masa yang panjang. Masa itu aku habiskan dengan pekara yang lagha. 
Cukuplah..
Ini masanya untuk aku kembali kepadaNya.
Mencari cintaNya dengan memperlengkapkan amal ibadah aku.
Menjaga tanggungjawab aku untuk menjaga ibu. 
Soal cintai ,jodoh itu aku serahkan pada ALLAH.
Kalau ada aku raikan dengan hati yang terbuka, andai belum aku tahu ALLAH mahu yang terbaik untuk aku.
Duhai hati, 
Jangan biarkan dirimu tak tenteram kerana cinta,
berpautlah kepada pemilik hatimu,
kembalikan kepada ALLAH,
Bila tiba sinarnya kamu akan bertemu dengan pemilik hatimu.
Wahai kamu yang masih sesat,
Jagalah dirimu, jagalah akhlakmu,
aku sedang menanti kehadiranmu dengan penuh sebar,
aku juga sedang baiki diri, 
agar bila kita bertemu,
Cinta kita keranaNya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan