Pengikut

Isnin, 14 April 2014

Ciri-Ciri Lelaki Dan Calon Suami Yang Baik

calon suami

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepada Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan nabi saw. Sebenarnya hari ini acik membayar hutang untuk mereka yang bertanya tentang lelaki.  Ramai yang katakan soal lelaki, ya Allah acik pun lelaki, acik sendiri belum lagi jadi baik dan sentiasa cuba untuk jadi lelaki yang baik. 

Ramai yang bertanya soal mencari lelaki yang baik,pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.Jadi marilah ketahui ciri-ciri lelaki yang baik dan calon suami yang baik.

1 Berkemampuan
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.
 
2.Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Bonus jika pandai dalam memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5.Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri.

6.Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

7.Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah  ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8.Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak.

Sedikit dahulu acik kongsikan kepada kamu semua, jika ada yang ingin di kongsikan akan acik khabarkan kepada kamu semua. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.Detik-detik akhir zaman ini orang yang soleh dan solehah jumlahnya sedikit marilah kita jadi sebahgian dari sedikit itu. Tidaklah semestinya ciri ini ada bahagia dan kalau tak ada tak boleh bahagia. Semuanya adalah berdasarkan kita, saling melengkapi satu sama lain. Ini ciri-ciri yang perlu adam kalau dapat ianya bonus kalau tidak terimalah ianya seadanya.

Share This!


30 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik, alhamdullilah. syukur bertemu suami yang baik.. semoga menjadi panduan buat lelaki2 yang ingin menjadi calon suami idaman para muslimah. in shaa Allah ~~~

Nao Mei berkata...

Wah resepi cinta hihi .
Nak mencari suami pilih yang betol2.
Ibu salu pesan hihi.
Tak kaya tak apa. Asalkan kaya dengan ilmu agama.

Adam Faiz berkata...

Wahh.Perkongsian yang menarikk ni heheeee
NEW ENTRY: Siapa Betul Ni ?

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

wah...menarik

Sally Yatiey berkata...

Nice sharing ;)

Bin Muhammad berkata...

Wah...Acik dah penuhi semua list diatas tak? Bakal teman Acik mesti buat check list ni nanti...hehe

paridah berkata...

lelaki2 yg baik sentiasa diintai perhatian perempuan yg mencari calon suami r calon menantu...

Fuza Musa berkata...

wah wah... sendat dan padat infonya. good sharing

Syazana Zainn berkata...

tp susah nak cr yg mcm acik cakap tu
bila semua dah ok, ade je yg x berkenan -_-
ada yg rupa semua dah ok, tp tak matang
ada yg kerja elok, kuat mengongkong
ade je la yg tak kena. hewhew

eyza nieza berkata...

Wah...menarik info dr acik..tp nak cari yang 100% perfect dgn ciri2 d atas cam susah jerk..walau siapa pn jodoh jodoh kita, belajarlah terima kehadirannya itu seadanya..

n O e s u h a i m i berkata...

setiap org mesti ada kelemahannya...x semua perfect...apa2 pun..acik kena cuba jadi lelaki yg mempunyai ciri2 macam tu...

Vee Sandi berkata...

suka dgn statement ' tak mkn harta perempuan ' . sekrg ni ramai lelaki yg nak share harta aka nafkah .

Aku Penghibur berkata...

silakan untuk dia buat sebanyak mungkin, sentiasa muhasabah diri

Aku Penghibur berkata...

pekara dia atas ini tak semestinya perlu di penuhi.. paling penting dia terima kita seadanya... ia hanya sekadar pendapat

Aku Penghibur berkata...

walaikumusalam.. allhamdulilah kak

Aku Penghibur berkata...

ilmu agama sangat penting .. betul kata ibu akak

Aku Penghibur berkata...

terima kasih membaca ^_^

Aku Penghibur berkata...

syukran ^_^

Aku Penghibur berkata...

mungkin juga ^_^

Aniq Bukhary berkata...

Banyak lg yg xde dalam diri.. :(

Khir Khalid berkata...

Sbg lelaki mmg sentiasa kena muhasabah diri & beringat terhadap list2 tersebut.. yg dah kahwin pun kena slalu buat check & balance juga utk kebaikan keluarga. Perkongsian yg bagus Acik.. t kasih.. :)

Incik Zarif berkata...

acik... cepat2 kawin.. hehhehe

Maria Firdz berkata...

Nice sharing...

RDZ Z berkata...

In Shaa Allah semoga ketemu yang terbaik...

ctfand (ctfand.com) berkata...

bingo!!...dah 'tertangkap' pun orang yg ada ciri2 ni..heheh.

Norhasniza Khalid berkata...

tak semua apa yang kita mahukan itu ada pada seseorang lelaki, manusia ini tidak sempurna, cukuplah punyai ciri-ciri yang baik dan bertanggungjawab.. :)

Huny eda berkata...

thanks acik..terimalah kekurangan pasangan, sebab mesti ada yang no perfect...sebab semua itu memang ujian untuk kita dalam membina rumah tangga.

Puteri Kasih berkata...

mudah-mudahan dapat bertemu dengan yang baik...terima kasih untuk perkongsian ni :)

yana yani berkata...

alhamdulillah akak juga ditemukan dengan jodoh yang cukup baik

Fuza Musa berkata...

Mudah-mudahan
Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails