Ticker

6/recent/ticker-posts

Mencari Makanan dan Minuman yang Halal itu satu kewajipan | Ekspo Halal Malaysia 2019






Assalamualaikum 


Mencari jodoh yang baik itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita, kerana kita akan hidup susah dan senang bersamanya. Dalam mencari jodoh itu pekara penting yang harus kita ambil berat tentang sumber pendapatan kita, makanan dan minuman kita. Adakah dari sumber yang halal atau haram ? 


Makanan dan minuman mempengaruhi kehidupan kita. Terdapat banyak kesan-kesan buruk yang disebut oleh para ulama akibat daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram.Mencari yang halal itu menjadi kewajipan kita.


Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "


Yelah kita nak bagi pada isteri dan anak-anak kita mestilah yang terbaik, takkan yang tak elokkan ? 


Dan satu pekara penting elakkan makanan syubhah,  Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam.


Lagilah sekarang lambakan pelbagai jenis makanan yang dijual, kadang-kadang kita was-was. Salah satu cara untuk ketahui produk-produk halal dengan pergi ke Ekspo Halal Malaysia 2019.  


Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Terdapat kompenan yang menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 iaitu pameran, padanan perniagaan oleh SME Corp Malaysia, “Facebook Live” Bersama wakil kementerian dan agensi,sesi perbincangan ringkas serta penyampaian Anugerah Cabaran Inovasi Islam dan sesi business matching.

Bagi pameran sebanyak 320 booth pameran yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik.

Menariknya terdapat perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti yang melibatkan agensi seperti SME Bank Berhad, JAKIM, EXIM Bank, Matrade, Federation of Malaysian Freight Forwarders dan lain-lain.

Sebenarnya ini merupakan peluang terbuka kepada usahawan yang berminat nak tahu tentang keperluan untuk eksport ke Jepun dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan pasaran Halal global boleh datang ke pocket talk untuk mendapatkan info secara lengkap (klik di sini)  dengan mengikuti sesi yang telah dijadualkan. 

Cuba teka siapa selebriti yang akan berada di Malaysia Expo Halal 2019? 

Fara Fauzana, Faizal Ismail dan ramai lagi ! Jumpa di sana! 

Paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu,sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.

Dengan memanfaatkan reputasi Malaysia di seluruh dunia sebagai hab Halal global terkemuka, Ekspo Halal Malaysia 2019 bertujuan dan Bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara ini bersedia untuk menyediakan PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) dengan menyediakan komuniti PKS tempatan dengan peluang perdagangan dan rangkaian yang luas yang terdapat di pasaran Halal Jepun yang menarik dan terus berkembang, yang terus didorong oleh Tokyo 2020 yang akan datang.







Pada 8 Januari 2019 telah berlangsungnya Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.  

Kita jumpa di sana ya, pada 24 hingga 26 Januari. 

Di mana ? 

Di mana lagi, mestilah di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Ekspo MHE 2019 akan dibuka mulai 24 hingga 26 Januari 2019 dari 9.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu).

masuk adalah percuma. 

Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh layari lawan web http://www.halal-expo.my

Catat Ulasan

11 Ulasan

Qasseh berkata…
Assalamualaikum acik..

Salah satu drpd program yang sgt menarik dan sekali gus memberi peluang kpd peniaga / pegusaha kecil tuk memasarkan produk yang mereka usahakan, tema dia pun dah cukup menarik perhatian..Dalam masa yang sama jua kita terutama yang beragama islam yg sememangnya sgt menitikberatkan soal halal ssuatu produk terutama makanan dan apa yang kita makan dari sini kita sedikt sbyk dpt menimba pelbagai plgmn dan ilmu yg patut buat kegunaan kita di masa akan dtg mgkn ketika kita melancong ke negara orang atau sbliknya, siapa tahu kan?��
azlina ina berkata…
wahh,,bagus ekspo halal macam ni.Semakin besar peluang usahawan kita ni untuk tambah pendapatan.Memang membantu..
cari kerja johor berkata…
wahh tak sabar nak pergi.. seronok kalu kita dapat peluang kembangkan business kita ke JEPUN.. thanks entri yang baik...
Lya Imtiyaz berkata…
Wah bagus kan bila ada ekspo macam ni . Mudah untuk kita cari makanan halal bila pegi Jepun nanti . Ya la kat sana kan susah jugak nak dapat makanan halal . Daripada citer2 yang KakYa dgr dari kawan2 yg pernah g sana ssh jugak laa nak carik makanan halal ..
Rendi Febriandi berkata…
Artikel yang menarik. Memang dalam agama islam, kita tidak boleh makan atau minum yang diharamkan oleh agama. Hal tersebut dapat menimbulkan dosa bagi pelakunya. Kemudian nanti di akhirat dapat terkena siksa neraka. Maka dari itu kita harus berhati-hati dalam kehidupan kita sehari-hari, supaya tidak terbujuk rayuan syetan yang terkutuk. Lowongan Kerja
Huda Halid berkata…
bagus lah ada expo camni, memang terbaik! tahun depan boleh la pergi bercuti2 ke Jepun tak perlu risau susah nak cari makanan Halal
SalinaJohari berkata…
Malaysia Boleh !! Moga pasaran produk Halal Malaysia terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa...
Aisya Ismail berkata…
Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.
Mummy Audya berkata…
nengok gambar makanan je dah tertarik, nak makan kena gak tahu info hihihi
Nadia Johari berkata…
tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih
Ann Noura berkata…
Bila dh halal barulah yakin!