Assalamualaikum
Mencari
jodoh yang baik itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita, kerana kita akan
hidup susah dan senang bersamanya. Dalam mencari jodoh itu pekara penting yang
harus kita ambil berat tentang sumber pendapatan kita, makanan dan minuman
kita. Adakah dari sumber yang halal atau haram ?
Makanan
dan minuman mempengaruhi kehidupan kita. Terdapat banyak kesan-kesan buruk yang
disebut oleh para ulama akibat daripada pengambilan makanan dan minuman yang
haram.Mencari yang halal itu menjadi kewajipan kita.
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "
Yelah
kita nak bagi pada isteri dan anak-anak kita mestilah yang terbaik, takkan yang
tak elokkan ?
Dan
satu pekara penting elakkan makanan syubhah, Perkara syubhah ertinya
perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau
haram. Mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam.
Lagilah
sekarang lambakan pelbagai jenis makanan yang dijual, kadang-kadang kita
was-was. Salah satu cara untuk ketahui produk-produk halal dengan pergi ke
Ekspo Halal Malaysia 2019.
Kementerian
Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME
Corp Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26
Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) di Malaysia.
Terdapat
kompenan yang menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 iaitu pameran, padanan
perniagaan oleh SME Corp Malaysia, “Facebook Live” Bersama wakil kementerian
dan agensi,sesi perbincangan ringkas serta penyampaian Anugerah Cabaran
Inovasi Islam dan sesi business matching.
Bagi
pameran sebanyak 320 booth pameran
yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready
yang melibatkan enam bidang iaitu makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan,
bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik.
Menariknya
terdapat perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri
daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti
yang melibatkan agensi seperti SME Bank Berhad, JAKIM, EXIM Bank, Matrade,
Federation of Malaysian Freight Forwarders dan lain-lain.
Sebenarnya
ini merupakan peluang terbuka kepada usahawan yang berminat nak tahu
tentang keperluan untuk eksport ke Jepun dan menjadi sebahagian daripada
rantaian bekalan pasaran Halal global boleh datang ke pocket talk untuk
mendapatkan info secara lengkap (klik di sini) dengan mengikuti sesi yang telah dijadualkan.
Cuba
teka siapa selebriti yang akan berada di Malaysia Expo Halal 2019?
Fara
Fauzana, Faizal Ismail dan ramai lagi ! Jumpa di sana!
Paling
di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300
sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara
Malaysia dan Jepun. Selain itu,sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan
pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.
Dengan memanfaatkan reputasi Malaysia di seluruh dunia sebagai hab Halal global terkemuka, Ekspo Halal Malaysia 2019 bertujuan dan Bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara ini bersedia untuk menyediakan PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) dengan menyediakan komuniti PKS tempatan dengan peluang perdagangan dan rangkaian yang luas yang terdapat di pasaran Halal Jepun yang menarik dan terus berkembang, yang terus didorong oleh Tokyo 2020 yang akan datang.
Pada
8 Januari 2019 telah berlangsungnya Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019
yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri
Pembangunan Usahawan.
Kita
jumpa di sana ya, pada 24 hingga 26 Januari.
Di
mana ?
Di
mana lagi, mestilah di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Ekspo
MHE 2019 akan dibuka mulai 24 hingga 26 Januari 2019 dari
9.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu).
masuk adalah percuma.
masuk adalah percuma.
Nak
tahu lebih lanjut lagi, boleh layari lawan web http://www.halal-expo.my
11 Ulasan
Salah satu drpd program yang sgt menarik dan sekali gus memberi peluang kpd peniaga / pegusaha kecil tuk memasarkan produk yang mereka usahakan, tema dia pun dah cukup menarik perhatian..Dalam masa yang sama jua kita terutama yang beragama islam yg sememangnya sgt menitikberatkan soal halal ssuatu produk terutama makanan dan apa yang kita makan dari sini kita sedikt sbyk dpt menimba pelbagai plgmn dan ilmu yg patut buat kegunaan kita di masa akan dtg mgkn ketika kita melancong ke negara orang atau sbliknya, siapa tahu kan?��