Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa-apa yang membawa ke syurga itulah cinta



Assalamulaikum

Aku pernah di interview oleh seorang wartawan dia bertanya, apa yang aku definasikan dengan Cinta ? 

terus aku menjawab cinta itu adalah sebuah perasaan yang dirasai oleh dua hati yang mencari keredhaan Allah.

Terus di bertanya ?

Cinta itu sebuah perasaan, tetapi kenapa harus dikaitkan dengan pencipta ? 

Aku terus menjawab cinta itu adalah perasaan yang Allah hadirkan untuk kita, dipinjamkan untuk kita kenal dan tahu bagaimana perasaan itu. Apa-apa yang  membawa ke syurga itulah cinta. 

Maksud kamu ? 

Iya, kalau kamu seseorang itu, kamu pasti mahu terus jaga dia, ingin pastikan dia dalam keadaan terbaik, di cintai dan mencintai kamu. Adakah kamu sanggup biarkan dia menderita, disakiti, dipermiankan perasaannya dan biarkan tak makan ? 

Tentulah tidak, jawab wartawan itu dengan tegas. 

Itulah cinta..

Kamu sayang sangat pada dia.

Sehingga kamu ingin kebaikan kepadanya. Kamu tak ingin sakiti dia. 
Kamu menjaga pergaulan dan sering mengingatkan diri untuk solat. Yang baik adalah yang mencintai kerana Allah. Dan cintanya itu membawa kita semakin kenal dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Cintanya dibawa melalui jalan yang Allah redha. Rindunya diraikan dengan apa yang Allah suka, menghindar apa yang Allah larang. Lelaki yang baik adalah yang mahu memimpin kita ke syurga. Perempuan yang baik bersama-sama mencari keredhaanNya.

Apa jalan yang Allah redha? Perkahwinan. Kalau sesuatu hubungan itu tidak bermatlamatkan perkahwinan, apa tujuannya? Melalui perkahwinanlah dia dapat memimpin tangan kita ini, berjalan sama ke syurga. Kalau sebelum berkahwin, mahu sama berpimpin tangan ke syurga, apakah itu Allah suka?”

Cinta itu bukan sekadar kata-kata tetapi dalam kata-kata yang ia ungkapkan tersimpan sebuah :

1. Komitmen. 
2. Keyakinan. 
3. Janji setia yang sarat maknanya. 

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Jadi itulah cinta sebenar, cinta kerana ALLAH.

Datangnya membahagiakan, perginya penuh dengan hikmah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan