Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa orang selalu tinggalkan kita? Mungkin salah satunya, sebab doa kau termakbul.



Assalamualaikum

Semakin umur bertambah, semakin kau rasa diri kau struggle untuk bertahan untuk terus hidup. Satu persatu kawan yang dulu satu ketika itu rapat sangat dengan kau. 


Hilang, lost contact.


(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh


Kadang ada hal yang kecil tetapi bermasam muka, waktu yang lama.


Apabila ego berlawan ego, maka api membarak. 


Satu persatu mereka menjauh, ada bertemu seperti tidak pernah kenal lagi. Ada berdendam sekian lama.


‘sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.’ (H.R al-Hakim)


Apa salah aku ? 


Selalu bermain di fikiran, kenapa mereka menjauh. Aku sering muhasabah diri.


Padahal dalam doa aku sering mendoakan orang yang pernah baik dengan aku.  


Kenapa orang selalu tinggalkan kita? 


Mungkin salah satunya, sebab doa kau termakbul. 


Doa apa? 


Kau pernah berdoa untuk diri kau moga dijauhkan oleh orang-orang yang tidak baik dan dia bukanlah salah satu darinya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.


Walau mereka menjauh..


Jadilah seorang teman yang baik, yang membahagiakan teman kita, yang tidak menyakitkan hati sahabat kita, dan memberi kebaikan, teguran dan nasihat kepada sahabat kita.

Janganlah kita menjadi teman yang sombong yang tidak mahu menerima teguran teman yang lain, ingatlah, kawan tegur ke arah kebaikan, tanda dia sayang, andai dia  berusaha bersungguh-sungguh mahu ke syurga, dia sentiasa mengajak sahabatnya yang lain untuk ke syurga bersama-samanya.
Cinta seorang kawan ketika dia mengajak sahabatnya berbuat baik kepada Allah. Sayangnya seorang kawan ketika dia menyedarkan kita apabila kita terpesong dari landasan Allah.
Kasihnya seorang teman ketika dia tidak pernah lupa berdoa untuk sahabat-sahabatnya.
Oleh itu, ayuhlah teman-temanku, bahagiakan sahabatmu sementara mereka masih ada!






Catat Ulasan

0 Ulasan