Garis Panduan Majlis Akad Nikah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 14 Mei 2020

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor




Assalamualaikum

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan sehingga 9 Jun 2020. Sememangnya dalam situasi sekarang kita faham bahawa segala majlis ditangguhkan termasuklah majlis perkahwinan.Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah mengeluarkan garis panduan bagi Majlis Akad Nikah semasa Tempoh PKPB. 


 MAJLIS AKAD NIKAH

Bagi tujuan pematuhan PKPB ini, pasangan pengantin adalah digesa dan dinasihatkan menangguhkan majlis akad nikah sehingga selesai PKP.

Namun sekiranya keluarga berhasrat meneruskan majlis akad nikah tersebut, mereka HENDAKLAH mematuhi tatacara yang dunyatakan dalam Garis Panduan ini.

Pasangan pengantin yang bersetuju untuk melaksanakan majlis akad nikah semasa PKPB ini, akan dihubungi oleh Pejabat Kadi Daerah bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk hadir ke tempat yang ditentukan.

Tatacara Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah Hendaklah Dilaksanakan di Pejabat- Pejabat Kadi Daerah Sahaja.

Kehadiran majlis adalah dihadkan kepada enam orang sahaja iaitu tiga orang daripada pihak keluarga pengantin dan tiga orang lagi daripada pihak urusetia :-

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Wali (tertakluk kepada perkara 5)
4. Dua orang saksi majlis akad hendaklah terdiri daripada Kadi Daerah atau Imam Daerah atau Penolong Pendaftar NikAah, Cerai dan Ruju' yang dinilai sihat pada hemat dan budi bicara Kadi Daerah.

Mereka yang hadir hendaklah berpakaian menutup aurat, memakai topeng muka dan hidung, disanitasi tangan, dijarakkan kedudukan dalam majlis akad sekurang-kurangnya satu (1) meter.

Pasangan Pengantin dan wali, yang suhu badan melebihi 37.5 ata memiliki gejala tidak sihat seperti demam, batuk dan selsema atau mempunyai kontak rapat dengan kluster yang aktif hendaklah ditangguhkan majlis nikah tersebut sehingga perakuan kesihatan diperolehi daripada pihak kesihatan. 


Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut di bawah ini : 

GARIS PANDUAN MAJLIS AKAD NIKAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT

Muat turun di pautan ini: https://bit.ly/2Wu49kh


Share This!


2 ulasan:

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

so apo lagi. on la... hehehe

Acuyuhan berkata...

SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails