Ticker

6/recent/ticker-posts

Peka dan Peduli Serangan Strok Haba Terutama kepada Kanak-Kanak & Orang Tua

 


Assalamualaikum,

Cuaca sekarang panas dia lain macam,

Orang cakap panas berdenting. Panas yang luar dari kebiasaannya. Dah buka aircond, kipas laju-laju tapi bahangnya terasa.  

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  pun ada mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa kawasan semenanjung mengalami panas sehingga 35 hingga 37 darjah celsius.

Walaupun di kawasan perumahan kita tidaklah sepanas itu tetapi langkah pencegahan harus diambil bagi memastikan keselamatan diri kita. Paling ditakutkan adalah strok haba. Baru-baru  ketika umat Islam masih merasai kenikmatan menyambut Aidilfitri, kita dikejutkan dengan berita menyayat hati melibatkan korban pertama akibat strok haba yang berlaku di Kelantan.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/04/28/2176928.jpg

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan hasil bedah siasat mengesahkan Muhamad Syamil Aqil maut akibat serangan itu selain dehidrasi.

Lebih menyayat hati, pakar perubatan turut mengesahkan buah pinggang dan jantung 'hangus' selain air dan darah dalam badan mangsa sudah kering.

 Apapun kita harus mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada kanak-kanak.  

Apa itu 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐊 𝐇𝐀𝐁𝐀?

Strok haba berlaku kerana badan sudah tidak mampu mengawal lagi suhu sehingga suhu tubuh meningkat dengan mendadak dan cepat, mekanisme peluh juga gagal. Keadaan ini berlaku dalam 10-15 minit sahaja.Strok haba boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup atau mati apabila tidak mendapat rawatan segera.‼️
.
Jika ada individu mengalami strok haba, segera lakukan pertolongan pertama seperti berikut;
1. Buat panggilan kecemasan ambulans 999 atau bawa ke klinik/ hospital berdekatan dalam 10 -15 minit pertama.
2. Pindahkan mangsa ke tempat lebih sejuk dan terlindung serta selamat.
3. Baringkan mangsa tersebut dan tinggikan kaki.
4. Buka baju mangsa atau longgarkan. Jaga aurat individu sesuai keadaan.
5. Sejukkan tubuh mangsa dengan cara;
- mandikan atau siram dengan air sejuk
- lap dengan tuala sejuk pada keseluruhan badan terutama di kepala.
- balut dengan pakaian atau kain basah yang sejuk sehingga petugas kesihatan sampai.
- kipaskan atau halakan penghawa dingin ke arah badan mangsa.
6. Sentiasa bersama mangsa dan pastikan mangsa sentiasa dalam keadaan sedar dengan cara bercakap kepada mangsa.
7. Pastikan ruang udara yang baik. Tidak ada kumpulan ramai atau sesak.
.
Golongan berisiko tinggi adalah
𝟏. 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐢
𝟐. 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬
kerana dua golongan ini menyimpan kandungan air dalam badan lebih rendah atau sedikit berbanding orang dewasa.
.
Mereka dengan penyakit kronik jantung dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengancam nyawa jika mengalami strok haba.
‼️
.
https://scontent.fmkz1-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/343767151_1665236143923651_7688264773122427973_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-7&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=-tGGaw0l4AwAX8Y2Y1G&_nc_oc=AQnnXIg6TaGIgd3Od_1Ix8YexU2BLqZzTIGTLDNj6LbGjFpc5_eXK7hyMW9_x2JTZ-4&_nc_ht=scontent.fmkz1-1.fna&oh=00_AfB9BWv9myqZ-z39hHkW-ShiXQ52mTKEVx-lOR0RQtrWGg&oe=64530170
 
Bagaimana mencegah strok haba, terutamanya pelajar sekolah yang bakal memasuki alam sekolah pada minggu depan?
 
1. Memakai pakaian yang lebih longgar dan tidak tebal. Jangan memakai dua lapisan baju atau pakaian tebal pada waktu siang hari apatah lagi jika terdedah dengan cahaya matahari.
2. Menggunakan krim pelembap sunburn jika ada apabila keluar rumah.
3. Sentiasa hidrasi cukup dengan mengambil kerap dan banyak air kosong dalam badan. Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari atau 2 Liter per hari. Kanak-kanak juga kalau boleh sekurang-kurangnya 1.5 liter per hari.
4. Jika anda mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan badan kering seperti ubat hipertensi dan kencing manis tertentu, sila bincang dengan doktor anda untuk mengawalnya.
5. Jangan berada dalam kereta yang sedang parking bawah cahaya matahari. Walaupun menggunakan penghawa dingin. Suhu kereta akan meningkat 20 darjah dalam masa 10 minit apabila berada bawah cahaya matahari tanpa perlindungan.
6. Jangan lakukan aktiviti fizikal pada siang hari. Untuk pelajar sekolah, diharapkan pengetua atau guru besar sekolah melarang dahulu aktiviti senaman diluar kelas sehingga musim panas berakhir.
7. Jika anda seorang pekerja buruh yang bekerja bawah cahaya matahari dalam jangkamasa lama, silakan bawa payung besar sebagai tempat menghalang terus pancaran cahaya matahari, dan silakan minum air sekerap dan sebanyak mungkin dalam setiap 1 jam. Pakai pakaian nipis dan longgar.
Jika ada tanda-tanda kelesuan haba, segera berhenti dan dapatkan tempat teduh dan pertolongan pertama.
8. Para guru sebaiknya sentiasa mengingatkan anak-anak murid untuk mengambil air minum yang cukup semasa proses pembelajaran dalam sekolah. Berikan peluang kepada anak-anak murid mendapatkan bekalan air minuman di sekolah melalui penapis air yang ada tanpa perlu membelinya.
Inisiatif ini sangat membantu menyelamatkan nyawa mereka.
9. Ibu bapa tolong sediakan payung kepada anak-anak anda untuk digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah.
10. Sangat baik jika guru besar atau pengetua menyediakan satu bilik dengan cikgu yang mahir bagi memberikan rawatan pertama jika ada pelajar-pelajar yang mengalami kelesuan haba atau strok haba ini. 
 
Ajarkan mereka pertolongan pertama. Jika tak tahu, boleh panggil para doktor atau petugas kesihatan untuk berikan simulasi atau ajar. Ianya mudah jika tahu caranya. 
 
11. Ajar anak-anak kita untuk hitung berapa kerap dia kencing per hari atau di sekolah, jika dalam masa 8 jam mereka tidak ada air kencing, itu bermaksud mereka sedang mengalami dehidrasi.
Segera minum air dengan cukup. Jangan minum air 1 liter sekaligus dalam masa singkat atau kurang dari 1 jam. Ini bahaya kerana risiko terjadinya water intoxication pada tubuh. Boleh menyebabkan sawan dan koma. 
 
12. Silakan bawa alat kipas mini atau portable untuk menyejukkan badan apabila perlu. Terutamanya sewaktu pergi beraya dalam musim raya yang masih berlangsung ini. 
 
13. Digalakkan mengambil minuman air kosong berbanding air isotonik atau berkarbonat. Jika tidak mengalami kekejangan otot atau tiada muntah-muntah atau cirit birit, mengambil air minuman putih atau kosong sudah sangat memadai dan berkesan bantu hidrasi tubuh. 
 
May be an image of 1 person and text that says "Dr. Arisman, MD @Klinikris,ShahAlam @ Klinik Iris, Shah Alam Strok Haba Jangan terpedaya atau tertipu dengan produk- produk yang boleh mencegah atau merawat Strok Haba dengan cepat. lanya produk OVERCLAIM. Nak cegah strok haba hanya dua cara: 1.Elakkan terdedah cahaya matahari terlalu lama. (> 10 minit berterusan) 2.Minum air kosong (putih) 4-6 gelas pada siang hari."
 
 Ingat pesan doktor ya !!

Catat Ulasan

0 Ulasan