Pengikut

Jumaat, 17 Februari 2012

Alamak Lelaki Mengalirkan Air Mata Lagi


Assalamualaikum

Hai semua wah sorrylah hari lambat sikit post entry sebab anak sedara tak sehat so kena jaga dia...sebenarnya sambil online sepanjang hari acik melihat carta yang acik buat tinjauan untuk tahu lebih lanjut tentang Bila lelaki Mengalirkan Air Mata .. Dulu acik pernah buat entry tersebut dan ini adalah lanjutannye...

Orang kata, lelaki ni susah sangat nak menangis. Lelaki ni sifatnya keras, tough, kuat, tabah, dan seumpamanya. Jadinya, lelaki dan air mata ibarat susu dan nila. Tak boleh bercampur. Kalau tidak pasti rosaklah salah satu darinya. Lelaki yang menangis dipandang tak macho, manja/anak emak (memang anak emak pun, takkan anak kakak), lembik dan seangkatannya.Tapi realitinya, tipula kalau kata lelaki tak pernah menangis.

Hampir 95% pengundi yang bersetuju bahawa sebab utama kebanyakkan lelaki menagis adalah di sebabkan Putus Cinta.Tak menahankan tapi akan juga suara yang sedap mengatakan

~Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Alhamdulilah jika betul ...tapi are u sure lelaki zaman sekarang akan menagis sebab tu ???

hal nie di akui oleh kawan acik dan adik acik sendiri ...mase first time mereka bercinta mereka katakan :

" Aku tak akan menagis semata-mata putus cinta dan tak payah nak jiwang sangat la menagis sebab putus cinta "

Dan akhirnya terbuka hal itu berlaku sebaliknya ...fitrah seorang lelaki memiliki ego. Pada acik tak salah jika lelaki menagis kerana putus cinta kerana bahawa dia benar-benar mencintai perempuan itu dengan setulus hati .

Punca utama lelaki tak mahu tunjukkan mereka menagis adalah kerana lelaki adalah sebagai pemimpin tapi jika seorang pemimpin tak dapat melawan perasaan itu maka lemahlah dia sedangkan banyak hal yang lebih besar akan berlaku ...itu sebabnya ada lelaki bila putus cinta buat selamba jer ..tapi bila tak ada orang ..wahhhhh menjurai-jurai air mata...

Sebenarnya kepada lelaki di luar sana sepatunya kamu berterima kasih kepada ALLAH kerana beri peluang dapat mengalirkan air mata yang amat berharga kerana air mata itu boleh menjadi penawar di dalam kehidupan ...tapi kepada lelaki yang gembeng @ kuat nagis tu ..jgn nak mengada-ngada sangat ..meh sini acik lempang .. lelaki kena kuat ..

ok lah sampai di sini dulu acik menaip ..lain kali kita bercerita lagi ..bye adios ..:)

Share This!


8 ulasan:

  1. betul tu ada lelaki menangis sebab putus cinta.

    BalasPadam
  2. suka bab acik nak lempang tu. hikhik.

    biasalah, lelaki pun manusia juga. ada hati dan perasaan. menangis boleh tapi jgn terlalu mudah nak nangis. memang nak kena pelempang. haha~

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails