Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

Jangan Bercinta Sangatlah!!! Lakukan Tanggungjawab


Assalamualaikum

Bismillahirohmanirohim... Alhamdulilah hari nie acik dapat lagi menaip di blog yang simple nie..walaupun apa yang berlaku dalam hidup kita ,kita perlu teruskan juga. Walaupun orang lain tak faham apa yang kita rasa tapi ALLAH Maha Mengetahui semuanya..Hari nie acik nak berkongsi pandangan tentang cinta lagi ...hehehe

Sebenarnya dah lame acik terfikir tapi cuba tak kesempaian untuk meluahkankan.,.. bila bercakap tentang cinta pasti ramai akan ada definasi mereka sendiri...sebab cinta itu subjektif dari yang muda hingga tua pasti pernah merasakan perasaan cinta.Acik akui acik pon pernah lalui walaupon cinta itu sekadar di pinggiran. Cinta inilah yang boleh buat manusia menagis, ketawa, bersedih, suka, stress, cemburu, sakit hati dan bermacam lagi...



Sebagaimana semua orang tahu cinta itu boleh meyakitkan tapi kenapa masih lagi mencari cinta ???

Kerana cinta itu keperluan hidup, cinta yang dikatakan menyakitkan itu adalah juga penawarnya dengan kebahgiaan dan kegembiraan.So that why people looking for love.


Ada orang kata cinta itu tak boleh di ungkap kata atau janji tapi kena ikhlas..
Ada orang kata cinta perlukan pengorbanan dan kita perlu korbankan cinta walaupon sakit demi kebahgiaan orang lain
Ada orang kata cinta itu mengajar erti kehidupan,kesabaran, berusaha dan setia
ada orang kata cinta itu mengajar untuk terus hidup walau apa pon keadaan.
Ada juga orang yang tak percaya pada cinta sedangkan cinta itu anugerah terindah kuniaan ALLAH dan kita perlu hargai
dan acik harap cinta itu tak akan pernah hilang di dunia ini ...

Kerana cinta juga ada yang hilang kehormatan
kerana cinta juga ada yang hilang harta benda
Kerana cinta jug ada yang hilang keluarga
Kerana cinta juga ada yang sanggup hilang agama

Bermacam andai tentang cinta... bercinta memang best giller ..bercinta sampai tak ingat dunia ...kononnya antara kamu dan aku ... sayang selamanya.. tapi bercinta memang seronok bagaikan dunia nie ana yang punya...

Tapi bila selepas bercinta itu ??? bagaimana pulak ???


Janggan lupa tanggungjawab yang perlu di selesaikan ....lebih elok jika sedang hangat bercinta teruskan ke alam perkahwinan jika berkemampuan ...


Jangan hanya buat maksiat dan berpegang-pengang hanya untuk memenuhi kehendak nafsu.

Bagi lelaki yang telah mampu berkahwin, beristeri itu wajib hukumnya. Kerana dengan beristeri , hati lebih terpelihara dan lebih bersih dari desakan nafsu. Al-Qurthubi mengatakan : “ bagi orang yang mampu kahwin, sedang dia khuatir dirinya terjerumus ke dalam dosa sehingga agamanya tidak terpelihara akibat membujang , dan hanya kahwin sahaja boleh menjamin terpelihara agamanya, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya perkahwinan dalam keadaan seperti ini.”

Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Dan dengan itu masalah buang anak ,melahirkan anak luar nikah dan pergaulan bebas dapat di kurangkan. Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Nasihat acik Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Ikut rasa, binasa, ikut hati, masuk neraka...pilihlah.. :)



Share This!


5 ulasan:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata...

btul.. =) cinta2 saja tak guna, yg penting taggungjwb lepas kawen.

Aku Penghibur berkata...

yup tol tu :)

Dzarina Jane berkata...

BEST!.. bermanfaat

Siti Safiyyah berkata...

Cinta itu indah. Teringin sangat nak merasainya lagi. Cuma belum masanya kot. Masak pun asyik tersalah masin je. Ilmu agama pun belum perfect lagi. Dah acane nak jalankan tanggungjawap dekat suami nanti ni. hehe

Aku Penghibur berkata...

x pe kita perlukan masa untuk berubh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails