Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Tunjukkan Di Mana Tuhan


Assalamualaikum

Maaf sangat sebab tak sempat nak post entry sebab sekarang berada di kampung untuk uruskan segalanya untuk persiapan kemasukan Uitm. Banyak benda kena siapkan, huhuhuuh begitu penat sekali tapi bersyukur kepada ALLAH atas anugerahnya. Tapi hari nie acik nak berkongsikan cerita yang acik dapatkan untuk berkongsi pandangan bagi mereka yang meragui tentang kewujudan ALLAH .

Renungkan..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa ?? Dan Apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya??

Kiyai :saya hamba ALLAH dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin ? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:

1. Kalau memang tuhan itu ada, tunjukkan wujud tuhan kepada saya.
2.Apakah yang di namakan Takdir??
3.Kalau syaitan di ciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang di perbuat daripada api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka mempunyai unsur yang sama.Apakan Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu??

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tersebut dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya??

Kiyai : Saya tidak marah..Tamparan saya itu adalah jawapan saya atas 3 yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada ??

Pemuda : Ya!

Kiyai: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama.Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat akan wujud-Nya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan di tampar oleh saya?

Pemuda : Tidak

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari nie ??

Pemuda : Tidak.

Kiyai : itulah dinamakan takdir.

Kiyai: Di perbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda ?

Pemuda : Kulit

Kiyai : Diperbuat dari apa pipi anda ??

Pemuda : Kulit

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya ?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : itulah adalah jawapan bagi soalan awak yang ketiga. Walaupon syaitan di jadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan ..

Wallahu A'lam...

Share This!


8 ulasan:

  1. hehe...nice entry bro..
    good sharing :)

    buleh jadi pengajaran dari cerita ni :D

    BalasPadam
  2. Emmm...tu la nak sgt jwpnnya kan..dpt la penampar...jwpn yg sukar sgt nak dinafikan...

    BalasPadam
  3. Emmm...tu la nak sgt jwpnnya kan..dpt la penampar...jwpn yg sukar sgt nak dinafikan...

    BalasPadam
  4. best..meremamng bulu roma..baca..thanks..

    BalasPadam
  5. mudahnya jawapan kiyai tu..ilmu baru..terima kasih berkongsi.. :))

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails