Pengikut

Sabtu, 17 Mac 2012

Cinta Bukan Sekadar Kata-Kata



Assalamualaikum

Alhamdulilah sekarang acik cuba sesuaikan apa yang terjadi sebelumnya untuk di jadikan tauladan untuk diri sendiri. Kalau kita baca status facebook atau di mana sahaja kita dapat lihat bahawa semua orang zahirnya kata-kata cinta .Ada yang sedang jatuh cinta, sedang putus cinta dan mencari cinta. Apa hebatnya cinta nie ???

Cinta ?? Cinta? dan cinta ??



Cinta ini ada orang kata adalah kasih sayang , cinta juga perlukan pergorbanan dan cinta juga adalah tanggungjawab.Kalau di tanyakan pada acik tentang cinta memang acik pon akan jawab secara general seperti orang lain. Tapi cinta sebenarnya adalah cinta yang berlandaskan hati dan akal yang mendorong ke jalan yang benar.

Adakah cinta kita seperti di movie hindustan atau orang barat ??

Cinta itu hadir tanpa diundang dan pergi tanpa diduga, kerana Cinta itu fitrah, setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai
tapi.....
"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta"
Semua orang pasti merasakan cinta. Cinta dari orang tua, keluarga, teman, sahabat, dan orang-orang yang berada di sekitar kita. Cinta itu bukan selalu dengan bahagia. Terkadang kecewa, marah, dan tangisdan macam-macam lagi perasaan. Maknanya cinta manusia tak ada cinta yang abadi. Kerana erti abadi terlampau sempurna untuk menemani perjalanan cinta.Melainkan hanya cinta kepada Nabi ,Rasul dan ALLAH.
Cinta itu tak lebih dari sekedar kata. Simbol kasih sayang antara sesama makhluk. Meskipun seperti itu, cinta mempunyai makna yang sangat mendalam. Tergantung dari mana kita membawa maknanye dan mengartikan cinta.

Cinta adalah anugerah Allah untuk makhluk-makhlukNya. Ketika datang menyapa, manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya. Tentu dengan benar dan bijaksana. Selama Allah menyematkan di hati kita. Mungkin ia adalah secuil surga dunia yang Allah kirimkan untuk kita. 
Sungguh beruntung, bagi siapa saja yang di dunia ini yang sudah dapat merasakan nikmatnya surga akhirat di dunia. Misalnya, merasakan nikmatnya berukhuwah dengan saudara seiman.

Peringatan tentang cinta **

1.PEREMPUAN KENA TAHU Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

LELAKI KENA TAHU Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::

2.Cantik diluar belum tentu cantik didalam.. Namun jika cantik didalam, meskipun diluar tidak cantik, ia tetap 'cantik' kerana ia mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya dan mendinginkan hati sesiapa yang berada disekelilingnya..."

3.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

4.Jangan Tinggalkan Seseorang Kerana Kamu Bencikannya Tetapi Tinggallah Seseorang Sebab Kamu Tahu Yang Mereka Akan Bahagia Tanpa Kamu ..

5.Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki ! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan..



6.Aku ingin MENCINTAIMU kerana AGAMAMU..
Aku ingin MENYAYANGIMU kerana AKHLAKMU..
Aku ingin BERSAMAMU kerana ALLAH..

Maka, TERIMALAH aku seadanya..KEKURANGANKU akan menjadi PELENGKAPMU....YA ALLAH permudahkanlah urusan KAMI...insyaALLAH

7.Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..

Cinta nie boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi memang betul hidup nie perlukan cinta & sebagai vitamin dalam hidup kita... tapi cinta manusia bukan selalu indah.... ada suka & kecewa..tapi manusia tetap mengejarnya..tapi cinta ALLAH yg kekal abadi untuk kita dan selalu ada untuk kita tak pulak kita kejar.. cinta allah ada mutlak.. tak de sape yg dpt menyangkal... ♥ ALLAH.Tak salah mencari cinta dan mendapatkan cinta tapi mestilah berlandasakan iman bukan nafsu ..oklah adios :)


Share This!


11 ulasan:

  1. Setuju2!!!!!!!!!! Bab keraguan tu mmng perlu ada.

    BalasPadam
  2. cinta itu macam pelangi. ada warna. tapi tidak sama :)

    BalasPadam
  3. kalau perempuan putus cinta taklah teruk mana pun,tapi lelaki putus asa teruk kah?

    BalasPadam
  4. Menarik entri ini ... jom visit

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/03/kembang-azan.html

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails