Ticker

6/recent/ticker-posts

Setiap Kekurangan Itu Akan Menjadi Kekuatan Kita





Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya dapat juga acik menaip setelah hampir 2 minggu tak update blog nie. Sebab acik kena pergi Ke Pulau Pangkor untuk aktiviti kebajikan untuk penduduk di sana. Memamng seronok apabila dapat berjalan sambil melakukan aktiviti kebajikan nie .

Tapi dalam happy tu acik ada nak kongsi something pada kamu semua..

Walaupon kita cantik/ Kacak @ ada banyak bakat sekalipon jangan pernah perkecilkan orang lain..

Hal nie tak de kaitan pon dengan acik tapi cuma acik nak tegur cara orang tu menilai dan meletakkan persepsi pada seseorang walaupon dengan kata-kata.

Ok fine kalau kamu ada wajah yang cantik dan tampan tapi tak bermakna kamu berhak untuk menghukum bahawa orang yang kurus/ gemuk tu adalah hodoh dan nothing. Dan jangan anggap orang yang mempunyai rupa biase nie tak ada harapan untuk berjaya dalam bidang yang diminati .
Jangan ingat orang yang cantik/ kacak tu akan selalu di sanjung . Kalau rupa ada tapi akhlak tak baik pon tak guna juga :)

ALLAH jadikan kita nie sesempurna kejadian tapi cuma kita yang jadikan jarak tu .ALLAH tak pernah melihat pada kecantikan/handsome dan semua yang ada dalam dunia nie tapi ALLAH pandang pada hati kita .
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).

Setiap manusia itu diberikan kekurangan supaya kita saling menlengkapi dan percayalah kekurangan itu akan kekuatan kepada anda dalam diam ..

So kamu tak berhak untuk judge orang lain sesuka hati kamu .. macam mane kalau orang lain buat macam tu dengan kamu ???

Ada maksud tersembunyi lainnya dibalik kita menghakimi orang lain. Dengan menghakimi orang lain sebenarnya kita sedang berupaya supaya orang lain boleh menjadi seperti apa yang kita inginkan. Padahal, setiap orang memiliki makna hidupnya sendiri-sendiri. Setiap orang memiliki karakter, watak, sifat yang berbeza dengan diri kita. Seorang yang pendiam, tidak banyak bicara, tidak boleh kamu paksa untuk menjadi cerewet. Seorang penulis yang begitu giatnya menulis di dalam biliknya yang tenang, tak boleh kamu paksa untuk ikut serta berbincang seharian dengan kamu. Dia berbeza dari kamu. Setiap orang itu unik. Terimalah keunikan orang-orang yang ada disekitarmu dan bukannya menghakimi dia.

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

Catat Ulasan

3 Ulasan