Pengikut

Isnin, 26 Mac 2012

Jangan Asyik Mengeluh Sahaja




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat jugak acik menaip kerana sekarang nie acik cuba tenangkan diri dengan pelbagai dugaan yang tidak di sangka tapi itu ujian ALLAH maknanya dia sayang kata acik lagi ..alhamdulilah. Percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahya walaupon sekarang tak nampak dan satu hari nanti pasti kamu akan sedar.

Tadi ada seorang rakan facebook acik ceritakan masalah dia dan now acik baru terfikir dan acik cuba huraikan dengan cara acik yer ..janganlah kita asyik mengeluh walau apa pon keadaan .Cuba bertenang dan beri masa untuk diri kita.


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Setiap masa kita akan dengar pelbagai keluhan yang tiada hentinya. Sebab manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang di dapatkan , ada sahaja di keluhkan.Sedangkan ada orang ayng lebih susah dari kita bersyukur dengan apa yang mereka ada. Sedangkan kita dalam keadaaan selesa terus dengan keluhan yang sebenarnya datang dari sifat yang tak sabar pada kita.


Ketika kita mengeluh : “ Ah mana mungkin … ”.

Allah menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

… ~Ketika kita mengeluh : “ aku penat sangat … ”.

Allah menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9).

~Ketika kita mengeluh : “ Berat sangat ..aku rasa tak sanggup … ”.

Allah menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ Stressss nih … Hati tak tenang … apa yang boleh membuat hati tenang”???.

Allah menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ Yaaaahh …ini semua akan jadi sia-sia … ”.

Allah menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ Gila ahh …tak ada seorang pon nak tolong aku ”.

Allah menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ Perghh … Sedih giller aku hari ni … ”.

Allah menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Sesungguhnya setipa keluhan kita itu sudah ALLAH ketahui kerana manusia tak pernah rasa puasa dan rasa bersyukur dengan apa yang dia buat. Mesti mahu semua benda yang senang dalam diri ...cermin diri kita ..tengoklah diri kita ..dimana terletaknya diri kita ..oklah adios sampai disini dulu :)



Share This!


5 ulasan:

  1. nice entry..hati batu gua tersentuh =)
    -MKS-

    BalasPadam
  2. nice entry. SHiema sukaaaa. Kalau mengeluh itu tandanya tak bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup tu ...mnegeluh tu tanda tak bersyukur

      Padam
  3. =) ok x nak mengeluh dah..nak cube untuk sentiasa bersyukur....:)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails