Pengikut

Rabu, 21 Mac 2012

Jangan Biarkan Perasaan Cemburu Selubungi Diri Kita




Assalamualaikum..

Hai semua hadi nie acik rasa happy sangat sebab apabila berda di uitm Shah Alam dan berada Di Fakulti Kominukasi & Pengajian Media.. sangat seronok kat sini sungguh tak menyesal amik kos nie. Rasa teruja sangat dengan setiap aktiviti yang kami lakukan... Tapi malangnya setiap apa yang kita lakukan nie ada saja orang yang tak senang . Ada yang jealous dengan apa yang acik lalui sekarang nie .

Kalau cemburu pada benda untuk kebaikan atau pekara positive ada juga faedah tapi nie tak ada kaitan pon dengan sesiapa . So why nak cemburu???

Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu?

Cemburu juga sebenarnya merupakan gabungan perasaan marah dan juga kesedihan. Pernah tengok mereka yang sedang cemburu? Apa yang mereka sering lakukan? Pasti mereka sentiasa muram, murung dan langsung marah-marah.

Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh The Ultimate Self-esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang teramat sangat dan memerlukan bantuan. Aduh, bukankah ini sudah dikira bahaya!

Kawan-kawan, bukanlah tidak boleh untuk cemburu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai dikata orang cemburu buta. Cemburu itu tentunya boleh bukan. Cemburu pada tempatnya. Tidak ada sesiapa pun yang melarang.

Tapi masyarakat terlalu cemburu dengan orang lain sanggup mencelakakan orang lain . Hal nie pernah terjadi pada mak cik acik . Pada mulanya mak cik acik just buka kedai makan saje.Tapi mungkin masakannya sedap dan ramai orang datang .Ada makluk ALLAH nie yang di kenali telah tak puas hati kerana kedainya tak ramai orang datang . So apa lagi di Sihirlah . Ini bukan satu fitnah tapi kami ada bukti yang kukuh untuk di debatkan tapi x perlu di tunjukkan .Setelah lama tu mak cik acik sakit tenat dan dapat penyakit yang pelik dan setelah beberapa bulan mak cik acik tu meninggal dunia ...Al Fatihah..ermmm.. tergamak kew manusia tu ?? hanya kerana cemburu dan ikut nafsu amarah ..orang lain jadi mangsa ???


So fikirlah jika kita nak cemburu pada orang biarlah pekara positive jangan pekara negative ... jadi acik bagi tips untuk kurangkan cemburu tu :)

1) Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskan sekuat mungkin. Huuuhhh!!! Lakukan sebanyak mungkin, minimum 50 kali. Dijamin anda akan penat dan lupa pada rasa cemburu.

2) Minum air putih paling sedikit 4 gelas.

3) Simpan semua benda yang boleh mengingatkan anda kepadanya.

4) Berenang merupakan cara terbaik untuk mengatasi sesak dada akibat cemburu.

5) Pergilah ke pantai, melihat pepohon hijau merimbun, pandang lautan bebas dan hiruplah udara segar sebanyak mungkin.

6) Alihkan fikiran ke arah yang positif seperti perancangan masa depan anda.

7) Telefon atau sms kawan-kawan lama, ingati nostalgia indah masa lalu.

8) Menangislah sepuas-puasnya.

9) Jangan sekali-kali hendak lari dari masalah dengan mengambil makanan berlebihan.

10) Berdoa meminta petunjuk daripada Yang Maha Esa ke mana langkah yang harus ditempuh.




So cuba praktis dan amalkn insyaALLAH akan berkesan ..cemburu tu biar berpada dan kena pada tempatnya yer ...ok lah sampai disini dulu nanti taip lagi adois :)


Share This!


5 ulasan:

  1. aipp,,kami kat uitm shah alam gak

    BalasPadam
  2. wah ladang ...terbaik dari ladang ...heehhe gurau jer,,, mesti bestkan kos tu

    BalasPadam
  3. layan je.. tapi sedih.sebab tader math

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails