Pengikut

Isnin, 4 Jun 2012

Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum 

Hari nie permulaan yang cukup baik selepas cuti selama seminggu tapi sekarang acik kena lebih tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang akan tiba tak lama lagi.tapi semalam acik ada postkan tentang accident yang berlaku di sengkang ,muar. Rasa begitu hiba kerana kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Walaupon acik tak tahu macam mane kasih sayang dari seorang ayah kerana acik belum mendapatkannya.Bila dah berumur macam gini baru nak dapat rasakan. Rasa sedih sekali kerana walau macam mane pon anak mereka, mereka akan tetap sayang dan menerima seadanya anaknya. acik postkan kembali apa yang acik sharekan di page acik .


Kasih Seorang Ayah... Kadang-Kadang Ketegasan Seorang Ayah Membuatkan Kita Rasa Bosan Dan Tak Suka Malahan Ada Yang Benci... Tapi Sapa Tahu Apa Yang Tersimpan Dalam Hati Seorang Ayah. Kadang-Kadang Ayahlah Yang Paling Tersentuh Hatinya Dan Yang Paling Menyayangi Anaknya Melebihi Si Ibu... Cuma, Bapa Ada Masanya Ego Dan Tak Sangat Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Anak-Anak. Sebab Itu Anak-Anak Lebih Rapat Dengan Ibu Kerana Kelembutan Seorang Ibu Serta Kasih Sayangnya Lebih Menonjol Dari Seorang Ayah...

MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

 Ya ALLAH tabahkanlah hati bapa ini dan semoga anaknya berda di kalangan orang yang beriman. Sedekahkan Al fatihah kepada Arwah. 

 

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails