Pengikut

Sabtu, 2 Jun 2012

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kata-Kata Cinta Kaum Hawa







Assalamualaikum



Hai semua, kembali dengan bulan yang baru dan semagat terbaru sambil menghitung hari untuk pulang ke uitm  untuk melanjutkan pengajian yang tinggal sebulan dan selepas itu akan final exam.Anggaplah semua nie sebagai cabaran untuk diri sendiri..ramai yang bertanya tak bosan ke acik bersendirian atau single ??? 


Kalau ikutkan nafsu: mesti akan katakan sumpah aku bosan sebab tak macam orang lain , tak ada orang sayang kita,tak ada orang ambil berat pasal kita,  tak ada orang call selalu, tak ada orang sms selalu dan macam-macam lagi. 



Tapi ikutkan kata Hati: Aku tak pernah rasa sunyi kerana aku ada kawan-kawan ,family dan ALLAH yang selalu sayang pada aku..

Honestly acik tak pernah rasa bosan bila single kerana acik percaya pada takdir dan jodoh ALLAH. Dan acik teringat kata- kata di tanyakan oleh ustaz acik..Dia tanya.. acik ustaz tengok acik kat Uitm acik ramai kawan dengan perempuan ... tak pernah nak jatuh cinta kew ??

Kat uitm nie ustaz ramai perempuan dan semuanya dah ada pasangan masing-masing .Siapalah saya nie ustaz tapi pada saya biarlah kita dalami dulu tentang ilmu ALLAH yang sangat luas.Lagipun mahu tinggalkan pekara yang lagha yang dapat mengotorkan hati.Ilmu tak dapat menembusi hati-hati yang kotor. 


Insya-Allah, saya akan cuba untuk jaga diri saya. Saya nak memelihara agar jodoh saya juga terpelihara.”Saya tahu ustaz saya bukanlah baik sangat tapi saya cuba buat yang semampunya.



Ustaz : Alhamdulilah, tak baik cakap macam tu. ALLAH sukakan hambanya yang kearah kebaikan . Betul, ilmu itu nur Allah yang suci lagi bersih dan hanya akan memasuki hati-hati yang bersih sahaja. Jagalah diri Acik baik-baik ya. 


Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata cinta kaum Hawa. Jangan disebabkan mereka, kita jadi mangsa ke Neraka. Jangan sesekali juga kita menjadi penyebab kepada mereka terhumban ke Neraka.”

Acik : Ustaz dengar perkataan itu sangat menakutkan rasanya ermm..Moga kita tergolong dari orang yang beriman. 


Ustaz: Ustaz nak tanya sikit ni. acik ni tak ada peminat ke? Yelah budak masscom mesti ramai orang kenal. Mesti ramai yang suka ni kan?” 

ahhh ustaz saje nie nak uji saya yer...hahaha ustaz sejujurnya, memang ada. Tapi, saya cuba untuk tidak layan mereka. Saya akui, memang kadang-kadang, iman saya agak tergugat. Lelaki kelemahannya adalah perempuan. Saya cuba kuatkan iman saya dengan muhasabah diri balik. 


Saya tahu, bila sekali saya layan, maksudnya, saya balas surat-surat dan mesej-mesej mereka, memang saya takkan berhenti untuk terus berhubung. Memang susah nak berhenti kalau kita dah mulakan. Betul tak ustaz?”


Ustaz: “Betul, ustaz setuju. Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan beribu kali Dia kita abaikan. Ingat kata-kata ustaz ni tau. Kita kena tegas dengan pendirian kita.Jangan memberi harapan pada mereka-mereka yang mengharapkan kita. Jangan sesekali kongkong diri kita.Percayalah Cinta Selepas kawin lagi best dan romantik.. Percayalah

Selepas acik berbual dengan ustaz di Pusat islam uitm rasa lega sangat... barulah acik rasa bahawa walaupon sampai sekarang acik single ,tapi acik bersyukur mungkin ada hikmahnya

entry nie acik tulis bertujuan saling mengigati jangan rasa sunyi bila rasa kita jer yang tak ada couple. Cuba ubah persepsi dan kejarlah ilmu ALLAH. Percayalah pada jodoh ALLAH. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya bagi perempuan. Jika kita tak mulakan semua ini tak akan terjadi..



Share This!


5 ulasan:

  1. yg dah terjebak cinta sebeluim kawen n cm na lak ? hehehe

    BalasPadam
  2. kepada mereka yang terjebak dengan cinta... cuma istiqamah dan musahabah diri ..jadikan cinta itu kerana ALLAH ...cintai mengikut syariat islam

    BalasPadam
  3. tiada kekasih takkan sunyi selagi ada keluarga tersayang, kawan2 di sisi dan sentiasa ingat bahwa Tuhan selalu bersama dengan kita

    BalasPadam
  4. Allah sentiasa ada untuk kita :)

    BalasPadam
  5. enjoy pe xde kapel..sy da 5thun kapel..bosan lorh...ahhahaa...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails