Pengikut

Khamis, 31 Mei 2012

Gembirakan Orang Tuamu Terlebih Dahulu Sebelum Berusaha Menggembirakan Kekasih Yang Belum Halal Bagi Kamu



 
Assalamualaikum 

Hai semua, dalam beberapa hari nie acik cuba menulis entry walaupon badan penat dengan event, tapi itu bukan alasan kerana acik rasa happy bila ada orang baca apa yang kita tulis dan berkongsi pandangan. Sebab itulah tujuan utama acik, walaupon blog acik nie bukanlah sepopular yang lain ,acik tak kisah janji ada yang sudi berkunjung di sini.Setelah bermacam hal di facebook dan jadi isu sikit pasal apa yang acik post tapi malas nak cerita pasal remeh temeh tu. Dan hari nie acik cuba selami apa yang ibu bapa kita rasa. 

Kalau kita tengok ramai sangat orang sekarang cepat sangat nak bertunang dan kawin. Pada acik memang tak salah pun sebab itu tuntutan bagi mereka yang berkemampuan dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Acik sangat sokong kepada mereka semua yang inginkan mendirikan rumah tangga nie tapi kena fikir dari pelbagai aspek rohani dan jasmani. Benarkah kamu sudah sedia ??? dari sudut kewangan dan juga kepuasan hidup remaja ??


Acik nie bukan seorang yang pakar dalam kehidupan tapi melalui tinjaun acik, acik rasa bagaikan tidak seimbang dalam kehidupan ini. Kita sibuk mengejar untuk mendirikan rumah tangga tapi kita terleka dengan tanggungjawab kita dengan ibu bapa. Yelah setelah kita habis belajar kita baru nak kerja dah fikir nak kawin tapi bagaimana kita dengan bahagian untuk mengembirakan mereka ?? 

Hal yang paling menyedihkan kita dapat lihat,pelajar di universiti menghabiskan wang mereka untuk pasangan yang belum tentu menjadi bahagian halalnya untuknya sedangkan wang yang diminta datangnya dari ibu bapa. Untuk kekasih hati sanggup belikan apa sahaja ,tapi untuk ibu dan ayah tak pernah pula belikan hadiah masa hari lahir mereka.

Gembirakan orang tuamu terlebih dahulu sebelum berusaha menggembirakan kekasih yang belum halal bagi kamu. =)
Masih ramai anak-anak yang tak menghargai pengorbanan ibu bapa.ada yang hanya memerlukan bapa ketika mereka kesuntukan wang,ada anak yang buat ibu seperti orang gaji,dipaksa bangun pagi-pagi masak dan buat kerja mcm orang gaji.Sedangkan anak bangun lewat dan buat selamba jer bangun terus makan.
Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta  menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.

Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah.  Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.

Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

Maksudnya :

"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".



Pada acik bila habis belajar bagi ruang umur kita untuk membahagiakan ibu bapa seperti bantu apa yang mereka perlukan dan selebihnya barulah kita fikirkan tentang perkahwinan. Sebab ibu bapa memang tak akan pernah cakap dengan anak tentang apa yang mereka rasa. Tapi sebagai anak kita kena faham mereka . Sampai disini dulu acik menaip , kalau ada yang terasa acik minta maaf , assalamualaikum ,adios :)
 

Share This!


2 ulasan:

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails