Pengikut

Khamis, 19 Julai 2012

Ragam Manusia :Kesilapan Sebelum Puasa

Assalamualaikum..


Hai semua, sungguh happy hari nie bila dapat tahu hari sabtu nie seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadhan al mubarak bersamaan 1 Ramadhan 1433H ataupun 21 Julai 2012. Rasa tak sabar kerana bulan ini yang sangat di tunggu-tunggu dan rasa sangat bahagia kerana pada bulan puasa penuh dengan hikmah.Ramadhan Kini Kembali

Menjadi tetamu istimewa bagi setiap umat Islam.Janganlah di persia - siakan Ramadhan kali ini dengan perbuatan dosa dan maksiat.Semoga Ramadhan kali ini menjadi permulaan dalam membaiki diri ke arah kebaikan.Semoga Ramadhan kali ini menjadi wadah dalam mempertingkatkan amalan kebaikan & mencegah perbuatan mungkar.Semoga Ramadhan kali ini menjadi latihan dalam melawan Hawa Nafsu.Semoga Ramadhan kali ini menjadi jalan pintas menemui Allah S.W.T di syurga kelak.Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna dalam kehidupan kita kelak

Amin ya Rabbal 'alamin
Tapi di kala kita sedang sibuk siapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini .ada yang beranggap bukan ramadhan menjadi penghalang kepada aktiviti mereka. 

ada yang mengatakan hari sabtu nie dah ramadhan, jomlah berjimba nanti sebulan tak dapat lagi buat. Jom kita karaoke sampai ke pagi sebelum nak puasa nie... jomlah makan puas-puas 


Dan acik paling geram ialah ada seorang perempuan nie mengatakan bulan puasa nie tak bolehlah pakai seksi-seksi dan kenalah jadi hipokrit pakai tudung ... ishhhh mengucap panjang bila acik dengar... MasyaALLAH jauhkanlah kita dari sifat tercela nie.

oklah kali nie simple saje entry acik . Jom kita kumpulkan amalan yang banyak di bulan puasa nie .Jangan beri segala alasan , ini masanya kita melihat tahap keimanan kita . Selamat berjaya melawan nafsu.
Seandainya umatku mengetahui pahala ibadah bulan ramadhan, niscaya mereka menginginkan satu tahun penuh menjadi ramadhan”

~Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah
 Lafaz Niat Puasa Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak!
 

Share This!


2 ulasan:

Aliff Haikal berkata...

sungguh :")

orang fikir dengan puasa ni akan menganggu aktiviti harian mereka

ade lagi teruk orang-orang bukan islam menyalahkan bulan ramadhan sebagai bulan yang menutup periuk nasik dorang . ish ish ish

Aku Penghibur berkata...

sebenar mereka salah berfikiran...bukan ramadhan memberi rezeki kpd semua org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails