Pengikut

Jumaat, 20 Julai 2012

Kejutkan Sahur Yang Paling Paling Paling Effective / Berkesan

Assalammualaikum


Hai alhamdulilah selesai sudah solat terawih untuk hari yang pertama. Di saat tadi menitis air mata kerana sebak masih berkesempatan lagi berada di bulan yang sangat mulia ini.Alhamdulilah..Alhamdulilah...Alhamdulilah yang pastinya biarlah kita menyambut bulan ramadhan nie berkesederhanaan . Yang pasti nanti kita berpuasa dan melihat telatah dan ragam manusia yang pastinya pelbagai. 

Ahh sebelum nak berpuasa mesti kena kejut sahur, dan mak kalau bagi mesti dah macam hulk sebab semua anak-anak dia liat untuk bangun sahur dan ini ada cara yang effective untuk mengejutkan yang susah bangun sahur terutama abang-abangku dan kakak-kakaku ..hahaha

TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN  BANGUN SAHUR..

1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu. Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.


2-Goyang bahunya perlahan-lahan. Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!




3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya. Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.


4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda. Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!aaah macam kat indonesia buat ..pagi-pagi kejut sahur best giller memang pasti semua bangun

5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!


6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.


7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.


8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.


9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.


10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang. Biar dia sejuk menggigil.


11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.Kalau dia tak mahu bukak lagi.. amik kapak pecahkan pintu dia hahahah


12-apalagi menggunakan kuasa pakar itu ,mak atau ayah untuk menjerit sekuat hati ..

13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.


14-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ”MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya. Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.
  
15. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

16. Amik elektrik kenakan ibu jari pasti terus bagun hahaha

17.Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya. 






Share This!


8 ulasan:

  1. selamat berpuasa..boleh mencuba cara ni

    BalasPadam
  2. number 10 tu cam tak berkesan je.hekhek :P

    BalasPadam
  3. huh!!!! byk pilihan nie....nanti kita tgk mana yg paling sesuai....he3

    BalasPadam
  4. hihihi, ada yang kelakar pulak teknik kejut orang ni...

    BalasPadam
  5. syukur.. aku bangunkan diri sendiri jek. hehe

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails