Pengikut

Selasa, 14 Ogos 2012

Hukum Memakai Contact Lens Dan Kesan Terburuk Contact Lens Murah


Assalmualaikum

Hari nie acik terlihat gambar kesan pakai kanta lekap, sekarang makin menjadi-jadi dan menjadi kegilaan bagi remaja masa kini yang mahu kelihatan kelainan. Ermm memang cantik kalau tahu memakainya. Tapi setiap benda ada effectnya yang tersendiri. Sebelum jom acik kongsikan hukum memakai contact lens ini..


1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya). 




Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.

“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

mungkin cara pemakaian yg salah.tidak menjage kebersihan tatacara pemakaian atau lebih mase memakai.paling lama dalam masa 3 jam. Paling penting menjaga kebersihan contact lens tersebut.

Sekadar untuk Renungan semua rakan-rakan.Akibat Sering sangat memakai contact Lens yang berkualiti rendah & murah harganya dipasaran. Berrhati-hati membuat pilihan atau menyesal seumur hidup khususnya Kaum Hawa yang gemar memakainya . Kalau Boleh hentikanlah kepalsuan tu.



sumber : kosmo.com.my


Share This!


28 ulasan:

dhia adawiyah berkata...

uwekkk !! nak muntah tengok gambar pertama tuhh !! eeiiuuuu .....

dieba rodzi berkata...

kesian nye die..

Beckhrooy berkata...

tu edit ke apa, ishh

♥ Cik Zack ♥ berkata...

sampai sekarang mmg xleh pki lens. biarlah x cntik pon xpe. jnji x buta lak nnti. hoho

thnks for sharing achik =)

shafiqabdshukor berkata...

x pernah pakai..
nak pakai pun takut...

Erisa Levine berkata...

truknye effect dy...mjur la erisa x penah rsa nk pkai lg, brgntung kpd crmin mata yg setia je...x brani nk try tkut trcucuk mata time nk pkai tu..hehe

DylaMikhail berkata...

pergh ! dahsyat giler ~~~

Aku Penghibur berkata...

tak tahullah edit atau tidak... yang penting kita jaga kebersihan

Aku Penghibur berkata...

welcome ..terima kasih kerana sudi membaca

Arra Ahmad berkata...

dahsat noo..:P

Muhammad Hafiz Hussin berkata...

gambar yg first tu apa sebenarnya yg berlaku? aku google pasal punca pakai contact lens murah pun takde pun gambar tu. ke sekadar gambar hiasan..

Aku Penghibur berkata...

tu gambar hiasan saje ... biar unik

AZRUL AZMI berkata...

Eeeee.... Mujur mata saya masih sihat... Alhamdulillah...

Jom Join Kempen Berpakaian Sopan Di Tempat Awam... Jom La...

gigiAriEma berkata...

aiyo2. dasyat2. alhamdulillah mata msih suci g ni. x diterokai oleh lens2 luar sna. huhu. takut mta rabun n buta.

#malas senanye. org rajin je pkai lens ni kot. :P

farisya risya berkata...

len murah mmg mendatang kn effect... i bli lens kedai cermin mata yg diluluskan.. then mendaptkan pndangan doctor dulu sblum pakai... n lagi satu lens tue perlu bersih dari sebrang kekotoran...=)

cik Lilis berkata...

gelinyaaa .

crow follow berkata...

nice comment sob
Kunjungan nya di http://kokoflom.blogspot.com

BieSweet berkata...

ohhh menakutkn sungguh mcm ada ulat

My Luxury berkata...

As Salam . terima kasih krn brkongsi cerita .

dadak92 berkata...

Allah sudah bagi kita mata yang cantik dan sempurna..tapi kita tamak dengan pemberian Allah dan merasa kan tidak cukup lagi dengan pemberian itu lantas memilih jalan yang salah untuk kelihatan cantik...inilah akibatnya dan pembalasan ya Allah bagi kepada hambanya yang tidak bersyukur...
~sekadar nasihat~

wan hayden berkata...

Sy ada gak pkai contact lens..dlm jangka masa 3thn lbih..kurang..sbb mls nak pkai spek mata...last2 mata sy jadi rabun dekat lak...langsung xpkai dah...

AiSyA LiEzA berkata...

gerun r nak pakai.. cm cucuk2 mata je.. huk2.. >.<

siti ZAHARA berkata...

mng zara pakai tpi tngok keadaan.. sbb mata zara mng rabun pun..ada cermin mata tpi rimas nk pakai..pakai contz len ni pun kna berhati2 dn kenala jaga sgt dgn kebersihan ..klu jaga insyaALLAH..ikut arahan yg kedai cakap..itu je..

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Akak pernah pakai lens...amik yg clear jerr..sbb rabun...
Once preggy terus takleh pakai...gatal mata...
Bila pakai lens nie...yang penting skali adalah KEBERSIHAN..sedikit habuk dah terasa tau...
Pernah terbaca org yang pakai lens sbb nak cantik (byk yg kaler maler without power, murah2 tuuu..) efeknya..mata jadi merah, terkena jangkitan pd mata, hampir buta dan sebagainya...
Maximum pemakaian lens hanyalah 8 jam sahaja..iaitu time kita bekerja...huhu...
Tapi yg lebih dari 8 jam pun ada ...tgk pada jenama...

Cik Itah@Rama Rama Pendek berkata...

nasib baik sy tak pakai lens..& sy takkan pakai sebab sy bersyukur dengan apa yg saya ada :)

Norhasniza Khalid berkata...

mama 2 bulan pernah pakai.. tapi bukan yang murah.. last-last mama rimas, terus tak pakai dah.. ngeri.

Syafyq Akhiar berkata...

pergh....1st pic tu........tak tahu nk ckp pe...menggeliat nengok...hahaha...thanx for the entri...

Nur Azza berkata...

Sye penah pakai , brand freshkon , mahal la jgak , alhamdulillah ok , tapi sekrang tk pakai dh , sbb tkut smue bnde ni .. tujuan sye sbb sye rabun n pening kalau pakai spec , taktahu knape

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails