Pengikut

Ahad, 26 Ogos 2012

Kawan Aku Yang Berjudi,Minum Arak,Boleh Berjaya,Sedangkan Aku Terkial-kial Walaupun Sudah Berusaha..Itu Adalah Istidraj.Apa Itu Istidraj?

Assalamualaikum.. 


Hai semua , jom selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulilah semakin hari semakin acik banyak belajar sesuatu yang baru. Menulis di blog ini bukanlah untuk mencari perhatian dan mencari rating yang tinggi jika dapat alhamdulilah terima kasih ALLAH. Tapi apa yang acik inginkan adalah ilmu ALLAH itu tersebar luas dan sampaikan kepada mereka yang ingin mencari haluan hidup.Segenap hidup ini bukanlah sebuah hiburan tapi adalah mencari keredhaan ilahi...

Dalam hidup ini banyak cabaran yang kita kena lalui, ramai yang mengadu kat acik hidup mereka tak happy.Ramai yang bising seperti ini


  • "aku tengok, kawan aku yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan aku terkial-kial walaupun sudah berusaha"
  • "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
  • "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
  • "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."
  • Ko tengok dia tak pernah solat, tak puasa tapi perniagaan dia maju dan laris.. 
  • Aku tak pernah tinggal solat ..tapi hidup aku masih susah..

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada acik. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? 

Maka acik hendak bertanya kepada anda.Adakah anda tahu apa itu istidraj? 

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? 

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. 


Contoh yang boleh acik berikan :

 Contohnya  Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum arak. Mak dia pun sama. Tapi hidup mereka amat cool dan hebat. Hidup mereka amat happy. Apa yang mereka nak, semua mereka dapat. Anak-anak dieorang, PMR dan SPM semua straight A. Perjalanan hidup mereka amat mudah. But why? Kenapa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes, itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan beri, semakin hinalah mereka di sisi Tuhan.

Aaahh… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, acik hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. oklah sampa sini dulu bye bye ^_^


Share This!


13 ulasan:

  1. OoO .. Baru tawu mkna istidraj . Thx

    BalasPadam
  2. tima kasih share pasal ni... :)

    BalasPadam
  3. tq for da info...dulu selalu gak pikir mcam nie...npe aku susah nk berjaya?tp setiap ujian tu ade la hikmahnya...ia buat kita selalu ingat Allah

    BalasPadam
  4. entry yg bagus. aku pernah kaji pasal benda ni & skrg aku dah dpt jawapan.

    BalasPadam
  5. ya, allah bgus nye info niee.. =)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails