Pengikut

Sabtu, 25 Ogos 2012

Azab Terburuk Bagi Lelaki Dan Perempuan Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu

 Assalamualaikum..


Alhamdulilah hari ini lebih baik dari semalam, masih lagi menyambut hari raya ke 7. Tadi semasa terbaca sebuah buku tentang azab tidak solat rasa mengigil seluruh tubuh badan kerana ketakutan yang tidak terhingga. Acik pon bukanlah manusia perfect babnyk buat salam... so jom muhasabah diri

 Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia

  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya


Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.bye bye ..adios...

Share This!


5 ulasan:

Nur Alina berkata...

seram membaca post ni...

ariff al-baqi berkata...

aaaa jgn la kita tmasuk dlm golongan yg tggal solat.........

ieda Zahra berkata...

saya menangis baca entry nie :'<

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah

Mohamad Hafizi berkata...

Ya Allah.....subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails