Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Pohon Semalu Ada Perasaan Malu Bila Di Sentuh .. Begitu Juga Kamu Wahai Kaum Hawa

 
 Assalamualaikum..

Hari semua, hari nie acik mahu kongsikan sedikit pengajaran yang di berikan dari Rasullulah .Marilah kita hayati..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


dan kepada kaum adam

Kαtα-kata kαli pertαmα αdαlαh yαng pαling terkesαn di hαti.
Tαpi jikα kitα dαh biαsα ungkαpkαn
"sαyαng", "rindu", "cintα" kepada ramai orang sebelum masanya,
bimbαng vαlue "sαyαng" dαn "cintα" itu sedikit demi sedikit hilαng,
tidαk lαgi bermαknα. Hαnyα terlαfαz di bibir, tαpi tidαk di hαti.."

Kitα selαlu bermαin kαtα, berjαnji setiα,
tαpi sαyαng diluαh pαdα yαng belum kita empunyα.
Bilα terlαlu bαnyα
k yαng diluαh,
αkhirnyα kαtα-kαtα pun hilαng kemαnisαnnyα
untuk diluαhkαn untuk kαli yαng keseterusnyα.
Jαdi, luαh pαdα yαng berhαk. Bukαn pαdα yαng bukαn hαk.
Simpαn kαtα mαnismu untuk si diα yαng kαmu cintα.
InsyαALLAH, Aαmiin. . . ^_^

Catat Ulasan

0 Ulasan