Pengikut

Ahad, 2 September 2012

Couple Bertahun-tahun Tapi Kenapa Dia Bukan Jodohku ??



Assalamualaikum..

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tapi tak tahulah kenapa hari nie mood kurang baik dan rasa sayu di hati. Tapi ada yang minta pandangan dari acik tentang couple nie..Yelah soal cinta memang merumitkan, acik pon seperti kamu juga pernah lalui semua ini tapi bila kita timba ilmu baru kita sedar yang pengetahuan kita masih cetek dan banyak yang kita tak tahu tentang perhubungan dalam islam. 

Kita dapat lihat bila seseorang itu tiada pasangan hidup di anggap " tak laku " dan bermacam andaian. Dulu ingat lagi zaman sekolah siapa yang tak ada girlfriend di kirakan ketinggalan zaman dan tak up to date person. Kita anggapkan couple itu sesuatu yang suka-suka padahal pekara ini perlu di ambil serius.

Adakah budak-budak sekolah bercouple dengan tujuan untuk berkahwin suatu hari nanti dibolehkan?
Adakah pasangan remaja yang belum tahu hala tuju hidup sendiri layak mengekspresikan cinta seteguh gunung padahal belum ada apa-apa persiapan ke arah itu?
Tiada sebarang persediaan, tiada sebarang jaminan, tetapi begitu berani menyunting sekeping hati menabur hamparan janji.

Eh, kalau dah bertahun-tahun bercouple tu dah bukan untuk kahwin namanya. Dah lunyai usung ke sana ke mari macam dah kahwin pun. Entah apa lagi yang nak ditunggu.


Dunia ini penuh dengan babak-babak yang tak terduga. Kadang-kadang kita mencipta skrip, cuba menjalani kehidupan dengan plot yang kita suka. Namun belum sampai klimaksnya tiba-tiba sudah sampai penamatnya. Terpaksa mencipta skrip dan plot cerita yang baru.Kita hanya merancang dan Allah menentukan apa yang lebih baik buat kita.

Mata aku jadi saksi. Betapa banyak kisah cinta yang terjalin bertahun kecundang musnah saat gerbang bahagia telah terbuka luas.Rupanya semua fatamorgana. Khayalan yang nampaknya indah tapi hilang lenyap bila menghampiri. Perjanjian cinta zaman sekarang cukup mudah. Cukup sekadar janji manis yang belum tentu kesahihannya untuk menjalin satu hubungan.

“Dia jodoh aku. Dialah orang yang dicipta untuk aku” begitu lantang dan yakin kata itu dilafazkan (kat status facebook pun ada) padahal baru berkenalan dan berhubung tanpa apa-apa ikatan.Lakonan di pentas dunia cukup hebat. Tak dapat dibezakan antara lakonan dan realiti. 

Time couple semuanya nampak baik, romantis dan indah. Kenapa?
Sebab semuanya hanya lakonan. Semuanya cuba menonjolkan sisi baik diri sendiri dan pada masa yang sama sisi gelap cuba ditutup sebaik mungkin.Maka terpedayalah pasangan mereka. Saling memperdayakan dan menipu.

Bila tiba saatnya, semua terbongkar. Dan perasaan dikhianati menjengkelkan hati. Lantas pergaduhan tercetus dan membawa kehancuran kisah romantis yang terjalin sekian lama. Dalam sekelip mata.Dan saat itu dirasakan dunia bagaikan terbalik, mengulang kisah bagaimana bumi diterbalikkan sehingga terbentuknya Laut Mati.Segala pengorbanan selama ini dirasakan sia-sia. Tidak berbaloi. Kisah cinta yang dicanangkan terkubur sepi tanpa nisan. Gelap.
Jodoh di tangan Allah, bukan di tangan kita. Ramai yang couple, tapi tak ramai yang kawin dengan couple pertama. Lepas tukar beberapa kali couple, baru jumpa jodoh. Ada orang yang tidak pernah couple, tiba-tiba ada saja orang masuk meminang. Rupanya lelaki itu sudah merisik si gadis melalui keluarga dan sanak saudara. Maksudnya apa? Jodoh di tangan Allah, even kita tak couple pun ... insya allah jodoh akan datang juga.

Ingat. Orang kahwinpun, boleh cerai, orang bertunang boleh putus. Inikan pula orang couple. Nampak sangat murah harga dirinya. Boleh test, kalau tak puas hati boleh tukar. Macam passing bola.



Apa yang perlu bezakan ialah berkenalan dan couple. Berkenalan secara biasa memang DIHARUSKAN dalam islam. Berkenalan itu maksudnya bertemu atas tujuan umum dan bukan urusan hati atau peribadi. Manakala hubungan COUPLE memang dilarang. Maknanya apa? Kalau nak pilih jodoh, tengok asas-asas agamanya secara umum sahaja. Bukan berkenalan sampai masuk hal yang terlalu peribadi. Sebab manusia boleh berlakon, boleh berubah dan selepas kenal 5 tahun kita tidak tahu apa akan jadi terhadap pasangan kita. Even kita couple lama2, kita tidak akan kenal seseorang itu 100%. Jika kita kenal dia pun, orang itu masih berkemungkinan boleh berubah selepas duduk lama dengan kita.

Sebab itu, kenal ala kadar. JANGAN couple. Lebih penting untuk cari jodoh ialah dengan minta kepada ALLAH melalui istikharah dan berdoa. Hanya Allah Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.Cinta Lepas Nikah Lebih best ..percayalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Al Israa' ayat 32-

Share This!


15 ulasan:

hazanis berkata...

dan memang couple utk kawin..bukn utk main2..:)

KY berkata...

itulah, kalau kita tak ada niat untuk berkawin lg, lebih baik tumpukan pada kerjaya, jangan sesekali memainkan perasaan orang, tak kiralah lelaki atau perempuan

annisa adnan berkata...

ye btl acik..kdg2 org suka anggap yg couple 2 mainan je.. sbnrnye klau stakat nk couple lbh baik tak payah couple..sbb xpnting..urm nice info acik..:)

~ yoona ~ berkata...

betul2 ,. couple c[xmenjanjikan apa2. sebaiknya berkenal2 sahaja dahulu .mohon petunjuk dari-NYA :) nice entry

Aku Penghibur berkata...

setuju dengan kamu !!!

Aku Penghibur berkata...

terima kasih kerana membaca ^_^

Aku Penghibur berkata...

terima kasih kerana membaca ^_^

Aku Mad berkata...

lepas kapel kawin laa ,,

CikMai berkata...

depends kepada individu, kalau mmg merancang untuk kahwin , mudah mudahan dipermudahkan....

afwanfayyadh berkata...

bercouple kerna nak bernikah..

Ima Salsuzaima berkata...

suke baca entri ni.

Aisyah berkata...

Asalamualaikum, j0doh,rzki n ajal itu sudh t'tlis di luh mhfuz sblum kita lhr.. Pcyalah,kita smua pasti akn alami,hny tggu sama ada lmbt atau cpt. Sbr sbhagian dripd iman :-)

SazaLiNa ALeeYA TuaH berkata...

Couple dan dilanjutkan dengan ikatan yang sah..Alhamdulillah.. :))

KaKi Jalan berkata...

Couple ad y main2 sbb rasa diri muda or hot or saja nk isi masa lapang. bila da jumpa yg dia rasa serius org 2 plk main2. couple senang,nk cari pasangan idup ssh...

Vee Lea berkata...

Ada juga yang couple utk bernikah, dah ready tapi terbatal atas sebab2 tertentu. Mungkin kita melihat dia jodoh kita, tapi hanya Tuhan yang tahu. Fightinggggggg!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails