Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

Tahukah Anda Sejarah Pemakaian Seluar Londeh ?

Assalamualaikum


Hai semua,hari nie teriniin plak berjalan-jalan di taman untuk release tension dan pergilah di tasik shah alam smbil tu pergi ke Pas (Plaza Alam Sentral )acik nak cari barang keperluan. Acik nie jenis yang suka memerhatikan orang yang berada di sekeliling acik dan gemar melihat mereka yang pandai bergaya.Lagi-lagi tengok muslimah yang bergaya dan menutup aurat dengan sempurna.

Tengah berjalan nie terpandang sekumpulan remaja lelaki melayu, wah kemain bergaya dengan bajunya dengan bertindik di telinga dan warna rambut karat. Cehhh banggalah tu jadi perhatian orang ramai !! Bangga sangatlah sebab bertindik tu.

Akan tetapi anak muda masa kini bertindik hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kononnya ingin mengikut arus moden. Dalam erti kata yang lain mereka takut dikatakan ketinggalan, bak kata orang tak "up to date". Lebih mencabar lagi bertindik tidak hanya di telinga dan hidung semata-mata malahan telah menular di pusat, atas kening, lidah dan juga di bawah bibir. Mereka seolah-olah bangga dengan budaya Barat ini dan megah jika berjaya menirunya.


Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Acik tengok trend anak muda zaman sekarang sangat pelik-pelik dan peliklah . Kadang-kadang sampai acik sendiri geling kepala. Ada tu trend seluar remaja lelaki yang londeh . Tak tahulh trend dari mane yang di bawa. Tapi dengan trend tu perlu ke di banggakan. Sampai acik tengok seluar pon nak copot. Inilah sebenarnya naseb dan mentaliti anak muda zaman yang sekarang yang mudah terikut dengan cara orang luar.



Nak bergaya tu tak salah dan tidak di halang tapi dengan seluar londeh tu boleh dikatakan sebagai bergaya ???  Cukup tak faham.. So kepada kamu pembaca ?? any comment  ??


Tetapi tahukah anda?



Trend pemakaian seluar londeh ini berasal dari dalam penjara di Amerika Syarikat dimana banduan yang ingin mengadakan hubungan seks luar tabii dengan banduan yang lain perlu perlu mengeluarkan isyarat supaya tidak disedari oleh warden penjara jika tidak mereka akan menerima hukuman yang teruk jika perkara ini disedari oleh warden penjara.Jadi dengan melondehkan seluar dan menayangkan punggung, mereka memberi isyarat kepada banduan yang lain mereka sedia untuk mengadakan seks songsang
 

Share This!


4 ulasan:

yanie pinky berkata...

bagus...sme dgn sy yg xfhm ape dlm fkiran remaja skrg yg berpakaian aneh2 ni

Hnahdy berkata...

macam nak angkat ja seluar diorang tu lepas tu ketatkan tali pinggang

Joe_Hans berkata...

macam bangang....

Mila Ahmad berkata...

baru paham tq for info :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails