Ticker

6/recent/ticker-posts

Dimanakah Ketenangan Yang Kita Dapatkan Dalam Hidup Ini ??

Assalamualaikum


Kadang-kadang kita bahagia di lauran ,mampu tersenyum lagi tapi dalaman siapa yang tahukan ... aahh teringat pula di kelas tadi tentang perdebatan tentang soal hypocrite, Hahahaha kadang kala manusia nie jadi hypocrite untuk menjaga hati orang lain ataupon nampak yang dia baik. Kadang kala memang baik tapi ada kesan negative nya maka lebih baik jadi diri sendiri.Dan lebih baik jika kita bersikap Jujur walaupon memang pahit untuk di terima tapi itulah yang akan memberi kesan terhadap hidup kita. Hari nie sangat teruja bila masuk kelas interpersonal kerana mempunyai seorang lecturer yang hebat. Memang sejak pertama kelas suka cara dia mengajar dan paling penting dia seimbangkan untuk ilmu dunia dan akhirat.

Rasa dalam hidup kita ,mesti kita mahu ketenangan , kalaulah ketenangan itu ada di jual di kedai mesti berduyun-duyun orang yang datang mahu membelinya. Kalau ada orang cipta alat untuk mendapatkan ketenangan mesti alat itu akan laris di pasaran . Tapi kenapa pentingnya ketenangan itu pada kita ??

Pernah tak dalam hidup di mana kita di uji dengan masalah yang berat di mana kita hanya mampu meratapi , tergamam dan terpaku. Kita rasa dunia ini sudah berakhir, siang yang terang bagaikan berubah menjadi malam gelab gelita dan suka dan riang menjadi sendu di dalam diri kita.Fikiran melayan dan serabut bila berhadapan dengan masalah yang rumit .Tangan terkapai-kapai mencari pertolongan dari yang lain. Di saat itu , mencari bahu untuk bersandar dan mencari penyejuk hati untuk menghilangkan gundah gelana. Di manakah ketenangan itu ?? adakah pada rakan-rakan, pasangan ??


Namun apa yang kita dapatkan hanyalah rasa hampa dan sedih kerana tiada lagi bahu yang cuba datang mendekat, tiada lagi kata-kata nasihat , tiada lagi penglipur lara untuk kita . Sedangkan hati kita terhimpit dengan pelbagai masalah yang di rasakan tiada jalan keluarnya dan otak menjadi buntu.

Sungguh, kita terasa ingin lari jauh hingga ke hujung dunia. Jauh. Kemana-mana saja. Asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu. "Ya Allah, berikan aku KETENANGAN". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan KETENANGAN. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.

Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. Pergi bercuti untuk menenangkan fikiran. 'Window shopping'. Keluar berhibur dengan rakan-rakan. Bermacam-macam cara kita mencuba, namun gundah jiwa kita masih tidak berkurang, dugaan yang menimpa tidak juga surut, malah makin menyesakkan fikiran. 
Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah swt. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya keadilan dan keagungan Allah swt.


Andai saja ketenangan itu mampu dibeli oleh si kaya, maka bagaimana dengan mereka yang miskin? Kalau ketenangan itu syaratnya kecantikan rupa paras, maka bagaimana dengan si hodoh? Sekiranya ketenangan itu pada pangkat yang tinggi, bagaimana pula dengan si hamba? Andai ketenangan itu pada kaum kerabat dan keluarga, bagaimana dengan si yatim piatu yang tidak punya sesiapa? Maha Adilnya Allah swt. 


Indahnya, Allah meletakkan ketenangan pada hati-hati yang dekat denganNya, firman Allah: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fath: 4.)
Dan ketenangan yang kita dapatkan juga adalah melalui solat iaitu ketika sujud. Disitu ketenangan yang kita akan dapatkan. Itulah kata Madah Shayu dalam kelas tadi ... 

Catat Ulasan

0 Ulasan