Pengikut

Isnin, 1 Oktober 2012

Jangan Jual Maruahmu Kerana Kekasih Yang Belum Tentu Menjadi Yang Halal Bagimu

Assalamualaikum


Hai semua, alhamdulilah Allah beri kesempatan pada acik untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Dalam hidup ini kita akan di uji dengan pelbagai perasaan terkadang gembira, sedih, duka dan macam-macam lagi.Kita dapat lihat masa kini perkembangan dunia teknologi dan di samping itu perkembangan fesyen juga sudah berubah. Alhamdulilah ramai sudah menutup aurat dan insyaALLAH menjadi wanita muslimah.

Acik mendapat berita mengejutkan sebenarnya..bukan sorang tapi lebih 2,3 orang. Begini kisahnya ada responden yang acik dapatkan mereka ini sememangnya kelihatan perwatakan yang baik seperti bertudung labuh. Allhamdulilah sangat apabila terkadang mereka mampu berkongsi cerita, pengalaman dan nasihat kepada rakan-rakan. Mereka juga di hormati oleh rakan-rakan yang lain. Terkadang setiap manusia itu ada latar belakang mereka sendiri dan tentunya pengalaman peribadi yang kita tak ketahui.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Ada muslimah yang sangat di sengani dan di sanjungi rakan-rakan dan selalu memberikan kata motivasi kepada yang lain tetapi dia tak pernah mengenal erti cinta . Dia percaya cinta itu adalah rahsia Allah dan cinta selepas nikah adalah saat paling bahagia. Terkadang Allah berikan ujian kepada kita untuk menguji sejauh mane ketabahan kita. Muslimah tersebut telah jatuh cinta pada seseorang lelaki yang konon mampu membawa dia cinta itu sampai ke jannah. Dan pertama kali merasakan nikmat cinta yang selama ini tak pernah di dapatkan . Tipulah jika hatinya tidak terketuk oleh seorang lelaki yang konon bakal menjadi imam untuknya. 

Muslimah tersebut menuruti apa sahaja yang di minta oleh si teruna , kerana sayang dan cinta padanya. Si teruna mengujinya dengan meminta gambar yang posing tidak menutup aurat untuk selalu dekat di hati. Si muslimah merasakan cinta sejati harus di turuti dan tanpa segan dan silu menghantar kepada si teruna. Sedarkan bahawa apa yang kamu lakukan itu adalah satu kesalahan ?? Merasakan cinta itu indah si muslimah tidak memikirkan lagi sama ada hal tersebut di redhai Allah atau tidak. Segala kemahuan si teruna di turuti di minta pelbagai dengan bermacam alasan yang di berikan hingga beribu-ribu duit si muslimah belanjakan. Niatnya hanya untuk si teruna kerana cinta sejatinya kerana Allah.


Kerana cinta si muslimah sanggup buat apa saje sehingga nasihat yang di berikan bagaikan mencurah di daun keladi . cinta itu kamu bazirkan, dengan menyayangi seorang lelaki, yang tiadanya mahram bagimu, dan belum tentunya jodohmu. Maka, berpalinglah kita dari jalan Allah, semakin lama semakin dekat, menghampiri jalan kemaksiatan. Astaghfirullah! Ampunkan dosa kami ya Allah! Bahkan kaum Adam, adalah pemimpin, maka bagaimana mampu kamu memimpin kaum Hawa sedangkan hati kamu dipimpin nafsu amarahmu? Fikirkan sejenak, nafsu itu ibarat anak kecil yang belum tiada mempunyai akal fikiran, dan bagaimana mahu kita belajar dari sesuatu seperti itu? Maka pimpinlah nafsumu, ibarat kamu mengajar anak kecil, dimanja jangan ditegas mesti. Maka apabila kamu mampu menguasai nafsumu, pada saat itulah, sebenar-benar Kaum Adam akan terlahir. Tiada perlu kita bazirkan cinta yang tiada pastinya cinta yang suci, halal di sisi Allah.

Cinta itu suatu yang istimewa, disimpan, disiramnya dengan amalan-amalan baik, ditambahnya keberkatan oleh Rabbul Haq, dan bila tiba suatu masa, jodohnya akan tiba di muka pintu, sebaik-baik wanita, untuk sebaik-baik lelaki diutuskannya oleh Allah, menjadi pasangan hidupmu. Sebaik-baiknya, urusan jodoh itu biarlah ditentukan oleh Allah, Kaum Adam hanya berusaha, istiqarah dalam pilihan kerna hanya Rabb yang Maha Mengetahui segala sebelum dan selepas. Hanya kepada Dia, dan Rasul junjungan kita, Rasulallah s.a.w cinta itu diutuskan, diusahakan, dikuatkan erat agar tiada terjatuh di lembah kehinaan. Janganlah hiasi cintamu itu dengan maksiat, maka dengan demikian, makin kuatnya hasutan syaitan untuk kita berbuat zina. Seelok-eloknya, hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia, amalan berterus-terusan demi mengharapkan rahmat dan redha Allah. Bergaullah dengan teman yang baik, yang membimbing kamu ke jalanNya, berdampinglah dengan ilmuan dan orang yang wara’, ditambahnya amalan-amalan seharian, dan beristiqarahlah dalam jodohmu, dijanjikanNya akan hadir dalam hidup kita, sebagai hamba Allah. Janganlah kita berputus asa, kerna Allah tiada suka pada hambaNya yang mengalah.


Berserahlah diri pada Allah, hanya Dia yang mengetahui perkara yang terbaik dalam hayat hambaNya.

Nasihat acik kepada muslimah tersebut jangan percayakan seseorang itu lebih dari kamu mempercayai ALLAH.Si teruna itu mampu berikan penawar dan dia juga mampu tuba kepadamu. Di saat ini dia membahgiakanmu di sisi lain dia mengkhinantimu. Jangan jual maruah kerana kekasih yang belum halal bagimu.


Share This!


4 ulasan:

  1. setuju dgn entry kamu..
    Jika kita sedang jatuh cinta, lebihkanlah cinta kita kepada -Nya melebihi cinta kita kepada manusia...
    dan usahlah terpedaya dgn janji-janji manis si lelaki yg belum tentu menikahi kita...

    BalasPadam
  2. letakkan Allah di tempat pertama...InsyaAllah....selamat

    BalasPadam
  3. btl cakap fendy..insyaAllah semuanya selamat..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails