Pengikut

Selasa, 18 Disember 2012

Betul Ke Kematian Itu Hadir Dekat Dengan Hari Lahir Kita ? Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti




Assalamualikum

Hai semua, apa khabar kamu semua ?? Secara jujur hari nie acik speechless dan emosi ada sedikit terganggu. Mungkin ada yang kata acik terlalu emo dan sebagainya .Tapi itu bukanlah masalah yang besar kerana masih banyak masalah yang perlu di fikirkan lagi. Sebagai contoh ,dengan assignment last minute dari lecutrer dan last-last nie kena buat presentation lagi..fuhhh

Semalam betul-betul acik tak boleh tidur memikirkan apa yang terjadi kepada sahabat baik acik sendiri. Minggu lepas dia ada call acik bagitahu nak jumpe sebab dah lame tak berjumpe kerana masing-masing buzy dan jauh .Acik di Shah Alam dan dia di Pahang kerana dia menuntut di UMP. Kemudian hari ahad lepas dia call acik lagi bagitahu dia akan datang shah alam bersama mira kerana kebetulan ada program di sini dan akan menyambut ulang tahun dia ke 22 .. Tapi semalam acik dapat call yang mengejutkan bahawa dia pergi tinggalkan acik untuk selamanya..

Kenapalah semua orang yang baik pergi tinggalkan acik, dia sahabat yang baik yang susah nak jumpe pada zaman sekarang nie. Walaupon acik kenal dia baru 4 Tahun lebih dia selalu tolong acik, nasihat dan jadi peneman bila acik sedih dan gembira. Dia benar-benar sahabat sejati.. Walaupon satu ketika dahulu kami pernah di uji dalam persahabatan bahawa kerana seorang perempuan kami hampir putuskan persahabatan .Dan akhirnya ALLAH tunjukkan bahawa perempuan tu memang tak layak untuk dia kerana perempuan tersebut banyak pakwe tuu...

Dan acik kenalkan Mira pada dia kerana mereka memang secocok..Mira kawan acik di tempat praktikal dulu. Kebetulan minggu nie sepatutnye mereka berdua datang ke shah alam untuk celebrate dan bergembira setelah sekian lama tak jumpe... Tapi bila dengar Dia kemalangan .. acik jadi hiba giller dan bila mak azwadan bagitahu dia berlanggar dengan lori dan memang keadaannya teruk dan tak dapat di selamatkan..Masa tu azwadan berseorang saje menghala jalan ke kuantan.

air mata nie tak berhenti mengalir, datangnya tanpa di duga. Dan  pada waktu sama tiba-tiba mira call acik, bagitahu tahu semuanya.. Rupanya malam tu mira minta putus dengan dia ..dan dia jadi tak tentu arah dan semasa memandu dia sedang bertengkar di telefon dengan mira.. Mira rasa sangat bersalah atas kematian azwadan..

Kerana cinta, kehilangan nyawa, kerana cinta aku kehilangan sahbat baik aku.. kerana cinta, kasih sayang ibu bapa terpisah.. Aku tak tahu nak katakan apa lagi ..sebelum nie seorang lagi kawan acik meninggal sebab incident dan sekarang sorang lagi pergi meninggalkan aku.. Dan paling pelik kedua-dua kawan acik nie meninggal dekat dengan tarikh lahir mereka Allahualam.. Entahlah bila fikir balik bila pulak masa kita yer.. ermm satu hari nie acik memang jadi more sensitive  .. Dugaan ALLAH tiada hentinya dan acik percaya bahawa semua ini ada hikmah walaupon tak tahu apa yang terjadi akan datang dan pahit untuk di terima. 

Kepada pembaca di blog acik sudikan sedekahkan al fatihah kepada Ahmad Azwadan Bin Mohd Saiful. Semoga rohnya di cucuri ALLAH dan di tempatkan  di kalangan orang yang beriman.. Dan acik kehilangan orang yang selalu beri nasihat kepada acik, dan berikan sumber inspirasi untuk menaip di blog nie.. hanya ALLAH tahu apa yang acik rasa :"(

Share This!


7 ulasan:

MyszIka berkata...

takziah..... moga awak terus tabah dalam mengharungi liku2 hidup yg mendatang.. sedih sgt.. hargai org yg bersama kita sblm dia tinggalkan kita... moga arwah ditempatkan di kalangan org beriman... al-fatihah...

Mrs. Amad berkata...

sedih cte ni..tp sy pun mmg terprasan benda yg sama.hari kematian dkt2 dgn hari lahir..kebetulan je kot..wallahualam..

Cik Cammy Lia berkata...

takziah awk..mmg sedih la kehilangan org yg kite syg.lps ni dh xboleh nak dgr suara dia da.kata2 nasihat dri dia apetah lg.moga acik tabah ye dan sll lah doakan utk dia.moga sgala kebaikan dia tu dpt membawa dia ke syurga.Aminn

Aku Penghibur berkata...

terima kasih ..ermm al fatihah

Aku Penghibur berkata...

Wallahualam

Aku Penghibur berkata...

amin mudah-mudahan

Nor Aznida berkata...

takziah acik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails