Ticker

6/recent/ticker-posts

Jenis-Jenis Syaitan Yang Menghasut Kita Setiap Hari





Assalamualaikum 


Hai semua, penat abiz event terus taip bila dengar ceramah dari Dr Fadzilah Kamsah. Tahukah anda syaitan al setan ni bukan seekor tapi ada 9 jenis syaitan kesemuanya tidak termasuk diri sendiri yang memang berperangai syaitan. Walau bagaimanapun, acik percaya setan hari ni dah tak payah bersusah payah nak hasut manusia sebab nafsu dalam diri manusia dah lebih dimanjakan sangat. Jadi jangan terkejutlah kalau kamu rasakan masa bulan ramadhan dengan bulan-bulan yang lain sama sahaja..

 
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


 
4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.



6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
 
7. Daasim 
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari




Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
Semoga dilindungi daripada syaitan-syaitan yang direjam ni... InsyaAllah... Amin....

Kalau senang, Datang La Menjenguk ke Blog Saya!!!