Pengikut

Ahad, 9 Disember 2012

Jika Dirimu Jatuh Cinta..Maka Diamkanlah,Ramai Yang Berkata, Kalau Kita Diam, Macam Mana Si Dia Nak Tahu Tentang Perasaan Kita ?



Assalamualaikum….



Wow excited tadi baru lepas bertanding untuk SAF (Sukan antara fakutlti) wakil mascom jer hahaha seronok sangat kerana pertama kali masuk bertanding di uitm . Now acik hare something kepada kamu semua.Diam itu lebih baik.. Jadi, acik mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi acik, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.

Jika diri mu jatuh cinta maka diamkanlah,kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu. DIAM ITU LEBIH BAIK..
 
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.


Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...


Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.


Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.  Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa

Apabila, lelaki mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.

Share This!


11 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Entry yang sangat menarik^^

    BalasPadam
  2. andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH

    Suka ni.

    InshaaAllah, sy sedang melakukan jihad hati

    entry yg sgt best

    BalasPadam
  3. berdiam itu lebih baik. suka baca entry nie. heee

    BalasPadam
  4. jika menyukai seseorang itu .. maka ,, diamkanlah diri dan simpan dalam hati .. kerana ,, jika kita bagitahu kepadanya ... mungkin akan mengganggu kesucian hati seseorang ... mohon dan mngadu kepada Allah swt .. kerana .. Allah maha mendengar ... jika kita benar2 untuk menjadikan dirinya pasangan hidup kita ... jumpalah family nya ... wsslm

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam.. jika sudah bersedia maka teruslah jumpa ibu bapa ^_^

      Padam
  5. I like this post.really give something to me.which makes me stronger.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails