Pengikut

Selasa, 12 Februari 2013

Ceraikan Isteri Kerana Tak Pandai Memasak



Assalamualaikum

Hari nie acik mendapat khabar yang kurang menyenangkan dan buat acik tertanya sebenarnya. Jika kita sukakan seseorang yang akan menjadi seorang yang halal bagi kita semestinya akan terima segala kelebihan dan kekurangan seseorang. Sebelum  kawin mungkin dapat terima dan janji membukit untuk buktikan rasa sayang dan cinta, sanggup terima seadanya pasangan kita, selepas itu ??

tadi acik mendapat khbar dari seorang isteri yang baru di ceraikan atas alasan yang kecil. Usia perkahwinan mereka baru saje 5 bulan tetapi dugaan mendatang dan rumah tangga yang di bina itu kian rapuh.Bacelah status di bawah ini yang acik print screen.


Bukankah kita dah katakan bahawa kita akan terima pasangan kita seadanya ? Seharus si lelaki haruslah mencari penyelesaian bukan menambahkan permasalah. Mesti dah tahukan sebelum berkahwin perempuan yang ingin di nikahi bagaimana.  
 
Soal perempuan tak pandai masak saje. Pada acik itu bukan isu yang besar, sebab si perempuan boleh belajar memasak dari semasa ke semasa. Si lelaki mestilah bagi sokongan dan semangat. Acik sendiri suka memasak, ala senang memasak nie setakat masak ikan masam pedas, kari dan masak sayur bukan susah tapi semua ini perlu usaha dan latihan 

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

kesian tau, sebab pekara kecil tu masalah kian membesar. Boleh duduk berbincang baik-baik dan cuba cari jalan penyelesaian bukan saling salah menyalah. Kalau ikut marah dan ego mesti boleh terjadi semua ini , cuba tenangkan fikiran dan cakap baik-baik. Si isteri pulak kena terima teguran si suami .Dalam berumahtangga ini mesti ada give and take dan saling memahami. 


Paling penting fikir dulu sebelum buat apa jua tindakan dan perkataan, terlajak perahu boleh di undur , terlajak kata buruk padahnya. Ada masa lagi untuk baiki diri

Langkah yang boleh di ambil untuk selesaikan masalah nie.

1) Si suami mestilah belikan buku masakan dan sama-sama memasak di dapur untuk berikan sokongan
2) Hantar ke rumah mak/mak mertua untuk belajar masak dulu
3) Pergi kelas masakan
4) Pergi ke Youtube dan lihat cara-cara masakan.

Ahhh kita mampu mengubahnya , cuba fikir kalau si perempuan minta cerai dengan kita sebab kita bukan khalifah atau imam yang baik untuk dia ? macam mane ?? ahh mesti kita akan stresskan ,setiap masalah ada jalan penyelesainya yang penting duduk berdua dan berbincang ,cari jalan keluar bukan lari dari masalah.Ini sekadar nasihat acik, yelah walaupon acik belum berkahwin, ini semua basic dalam kehidupan kita yang perlu kita adaptasikan :)
 

Share This!


14 ulasan:

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

knplah jadi mcm ni.... moga tabah....

Farah Waheda Wahid berkata...

semua masalah ada penyelesaian kot? tu macam saja jer carik alasan?

Vee Lea berkata...

Woowww, this is bad and sad. Kenapa harus begitu? :S As you said, semasa nikah dulu bkn main lg promise this and that, terima seadanya, and now?? Manusia zaman sekarang. Tsk tsk tsk. Smoga sister itu tabah. Huhuu.

Nana Liena berkata...

masalah kecil ja pun.. huhu..

Aku Penghibur berkata...

ermm tu lah ... semoga akak tu sabar kan ..ermmm

Aku Penghibur berkata...

ernmmm tu lah ..tu alasan sje ..erm

Aku Penghibur berkata...

tulah ... itulah manusia hanya pandai berjanji tapi tak dapat tunaikan janji2

Siti Anirah Azuri berkata...

Hahaha... teruk betol... apa nak jadi lah

Aku Penghibur berkata...

mmmg masalah kecik saje

Aku Penghibur berkata...

ini bukan main., serius nie ..ermm

nea lopah berkata...

Alasan jer tu..pendapat sy bg yg tak pandai masak senang jer...mula2 belajar masak makanan feveret suami, contoh..n.lemak ke tom yam, asam pedas..yg simple2. Lepas tu dh terer barulah belajar bt yg susah2 mcm gulai kawah ke mandy lamb ke kan? hahahaha... sy pun x pandai masak jugak baru2 kawin. hehehe

xila dot berkata...

alasan org laki je...ys si isteri nih dah tau xpadai masak pi blajaq la...aduhhh

Aku Penghibur berkata...

ermm na buat guane kak... orang tak fikir panjang mcm tulah

nawal isymah berkata...

betol tu.. xpndai masak leh blaja kn,, mmg msalah kecik je.. xpatot betol g ceraikan semata-mata xpndai msk je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails