Pengikut

Khamis, 21 Februari 2013

Jangan Engkau Hina Orang Yang Kerja Kilang




Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan dapat bernafas di bumi pinjaman Allah. Maaf kepada semua untuk entry yang semalam. Acik dah lupakan pon sebab bila muhasabah diri rupanya acik teringin niat asal acik  menaip di blog ini untuk sebarkan ilmu Allah.

Kehidupan ini ada turun dan naiknya..tanpa turun kita tak kenal erti derita.Tanpa naik kita tak kenal erti bahagia..Namun ada suatu ketika kamu turun tak naik-naik..Maka ketahuilah itulah adalah cabaran yang menduga sejauh mana ketabahan hati manusia.Ada juga ketika kamu naik tak turun-turun..Maka ketahuilah ianya menguji kamu sejauh mana kamu mensyukuri nikmatnya...


Semalam acik ada baca status dan berdebat jugak dengan pemilik status tersebut. Ingat setinggi manapon kita, sehebat mana pon kita jangan terlalu mendongak ke langit. Sebab Allah tak suka orang yang riak dan takbur. Jangan mentang-mentang kita ada degree, diploma, master,PHD kita berhak menghukum dan mengutuk orang lain. 

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang Muslim adalah saudaranya orang Muslim yang lain. Janganlah ia berkhianat kepada saudaranya itu dan jangan pula mendustainya, juga jangan menghinakannya (juga enggan memberikan pertolongan padanya bila diperlukan). Setiap Muslim terhadap Muslim lainnya itu adalah haram kehormatannya(tidak boleh dinodai, dimalukan), haram hartanya (tidak boleh dirampas) dan haram darahnya (tidak boleh dibunuh tanpa dasar kebenaran). Ketakwaan itu di sini (di hati). Cukuplah seseorang itu menjadi orang hina, jikalau ia menghinakan saudaranya yang muslim."

(Riwayat Tirmizi, hadith hassan)

Kerja kilang kerja yang mulia apa, tanpa mereka yang kerja kilang kita tak dapat rasa apa yang kita ada sekarang, yelah pekerja kilang nielah yang memudahkan keperluan kita. Kalau tanpa mereka kita nak beli TV kena pasang sendiri dan test sendiri semua peralatannye.

Sekarang nie kalau nak kerja kilang sekurang-sekurangnya mesti kena kelulusan SPM tu. Satu lagi tak semestinya kerja kilang tu kuli saje, tolonglah kilang tu besar dan ada macam-macam pekerjaan ,Ada engineer, manager, technician, supervisor dan sebagainya. Sila buka minta sikit .  

Nak kata orang kerja kilang pemalas ? 

Mereka kerja 12 jam sehari ikut shift ,ada siang dan malam dengan pendapatan RM 600  dan sekarang dah sekata semua basic RM 900. Bayangkan mereka kerja ketika kita sedang enak tidur.Itu masih lagi di panggil pemalas ? tengoklah anak muda sekarang , bila kerja kilang sekejap jer dah behenti sebab tak tahan kerja di sana kerja berat-berat. 

Bayangkan ada yang kena kerja berdiri selama hampir 10 jam , dan kadang kala berhadapan dengan benda yang membahaya. Cuba kamu yang cakap tu kerja kilang ,rasa 1 hari rasa tak mampu agaknye.

Tak kisahlah orang tu kerja apa pon , janji dia dapat dari penghasilan yang halal. Kalau tanya mak cik yang kerja kilang tu , mereka pon tak nak kerja kat kilang nie .. masa mereka dulu tak dapat peluang dan tak ada peruntukan macam sekarang, nak belajar pon susah. Sekurang-kurangnye mereka tak menyusahkan orang lain.

tak kisahlah kamu kerja tukang angkat sampah ke, pencuci tandas ke, kerja kat logi najis ke, kerja kat kedai besi buruk ke dan sebagainya .. asalkan pendapat yang di dapatkan itu halal. Apalah gunanya kerja yang dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat tapi tidak halal.

Semua orang dan kerja ada peranan dan kepentingan masing-masing. Bayangkan kalau semua kerja lawyer, cikgu, akuantan, manager , siapa yang akan nak buat kerja production ?Maka kita kena menghargai setiap apa yang ALLAH berikan pada kita. Syukurilah nikmat yang kita dapatkan.


Share This!


27 ulasan:

  1. Betol tu..kerja apa2 pn sama je.. asalkan rajin mencari rezeki.. Gaji sikit ke banyak sama je..ada banyak habis banyak kalau boros..

    *budak mana tu sedap mengata org..nnti la kena kt dia baru tahu

    BalasPadam
  2. terima kasih dik! ko buat akak buat entry yg sama..

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/02/kalau-tak-belajar-pandai-pandai-gi.html

    BalasPadam
  3. riaknya orang yg persoalkan n hina keje kilang..huhu.. ayoo..kalau tak ada yg kerja kilang, nanti berduyun2 org asing jadi pekerja,,time tu sibuk nak salahkan kerajaan + majikan..katanya org tempatan tak ada kerja tp sbuk nak offer job kat asing. me pernah ada pngalaman keja kilang..3hari mampu bertahan..ahaha.. tabik kat sesiapa yg keje kilang (*my dad..)..mmg kena alami sendiri la baru tahu susah snng... keje apa pun janji halal..

    BalasPadam
  4. ASSALAMUALAIKUM ... setiap kerja itu mneyumbng kepada kehidupan , cuma sbb keperluan material jadikan manusia ni dibezakan ... saya menulis blog utk kongsi ilmu bermanfaat utk bekalan di sana ... saya tak kisah pun ttg nuffnang sbb saya tau klu saya kejar , nuffnang akan lari ...

    BalasPadam
  5. Salam Acik...
    Kalau di sebut operator pengeluaran, mcm moden dan menarik skit bunyinye...hehe. Tak kiralah apa pun kerjaya, yg penting halal. Sikit byk rezeki itu bergantung pada usaha dan ketentuan Ilahi.

    Jgn di hina tukang sapu hanya kerana anda pembuat penyapu. Jgn di hina pembuat penyapu hanya kerana anda Pengurus Kilang Penyapu. Jgn di hina pengurus kilang penyapu hanya kerana anda tuan punya kilang penyapu.

    Apa persamaan mereka : semua punya penyapu.
    Renung2kanlah...

    p/s: Masih terkilan & bersedih lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm BM hehe betul tu.. dah x sedih lagi :)

      Padam
  6. suke2 hati kutuk mengutuk...bengang toi la

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah sesuka hati dia jer kan ..dushh

      Padam
  7. kdg2 rsa bengang sgt! sbb sya pn pernh kerja kilang..

    BalasPadam
  8. betul,saya pun kerja kilang jugak.
    bagus apa anak muda kerja kat sini daripada melepak tak tentu hala.
    banyak belajar tentang kehidupan orang lain dan jadikan diri bersyukur dengan nikmat yang ada.=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ..kita dapat belajar dari kehidupan orang lain :)

      Padam
  9. pon kerja yg halal kan.....Allah suka hambanya yg bersyukur,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ..Allah suka hambanya yang bersyukur

      Padam
  10. Hamboi.. Boleh tahan statment dia bagi. Suka kalau boleh kenal org mcm tu. Nak jugak tengok kat mana hebatnya dia, sampai hina pekerjaan orang lain sampai mcmtu skali!

    Hootoh Blog.

    BalasPadam
  11. setuju sangat komen Acik tuh.. kalau keja kilang pun, gaji halal tadak masalah langsung. daripada keja profesional, tapi gaji makan duit haram.. ;)

    BalasPadam
  12. kerja kilang pun mc hamba Allah..master pun mc HAMBA Allah..raja, PM atau sesiapa pun kita, we still HAMBA.. kita sama d sisi Allah.. Dunia hanya sementara.

    BalasPadam
  13. amboi sedap je mengata orang kerja kilang ni pemalas ye..

    ciksu ada pengalaman kerja di kilang.kalau rajin ot byk yg dpat. keja kilang lebih mulia dari merompak, meragut. kenapa kata pemalas?klau pemals tak yah la bekerja kan.
    ni kerja kadang2 12jam nak dapat sesuap nasi.

    kalau tak da pekrja kilang mana nak dapat kemudahan seperti kereta, tv dll lagi ka.
    jgn cakap menilai sesuatu dari pandangan kasar saje

    BalasPadam
  14. ada juga manusia yg sombong begitu, betul apa yg acik cakap, tanpa mereka..susah juga kita nak sesuatu..boleh dikatakan semua barang dikeluarkan oleh kilang..., drpd mereka lepak tak tentu pasal, lebih baik kerja kilang, masuk juga hasilkan?

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails